SFC 20 & 21:  JIKA FIKIR SUSAH, ADA ORANG LAIN LEBIH SUSAH

Oleh: SITI HAJAR HIDAYATI HAMID

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac 2020, ibu tunggal dan dua anaknya hidup dalam sederhana dengan pemberian wang oleh bekas suami.

Namun semenjak bekas suami kehilangan pekerjaan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kehidupan Zuraya Md Yusof menjadi sukar. Beliau sebagai pemanggil di program Soul Fitness Clinic berkongsi cerita pada 10 September 2021 .

“Saya mempunyai anak berusia 16 dah 17 tahun. Anak menjadi sukar untuk belajar apabila tiada penyediaan internet yang stabil. Saya sendiri tidak dapat bekerja kerana menghadapi masalah saraf sejak dahulu.

“Bagi meneruskan kelangsungan hidup, saya memaksa diri untuk bekerja sebagai pembantu di dapur. Setelah tiga bulan bekerja, saya mengalami penyakit sendi. Malah, penyakit saraf tulang belakang yang dialami sejak dahulu telah memberi kesan buruk terhadap sendi badan saya terutamanya pada sendi tangan.

“Saya langsung tidak boleh menggenggam tangan apatah lagi melakukan perkara lain yang melibatkan penggunaan tangan. Saya tidak dapat memasak dan membuat kerja rumah serta sukar tidur malam kerana penyakit sendi tersebut.

“Jika difikirkan, ada orang lagi susah daripada kita.  ALLAH masih sayangkan saya. Jadi saya bersyukur dan reda atas ujian yang dilalaui. Anak juga menjadi sumber semangat saya.

Orang ramai yang ingin membantu Zuraya, boleh salurkan ke akaun Maybank 164052023296.

 

RISAU HUTANG KELILING PINGGANG, PERLUKAN PEKERJAAN

Pemanggil Soul Fitness Clinic,  Lee Wei Ying, dari Klang Utama, Selangor, merupakan ibu kepada empat anak. Suami beliau tidak dapat bekerja kerana masalah penyakit jantung berlubang dan patah tangan akibat kemalangan.

Wei Ying mengambil alih tugas suami untuk menanggung keluarga. Beliau yang pernah bekerja di kedai kopi kini kehilangan kerja pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau mendapat bantuan daripada jiran dan rakan yang prihatin sepanjang tempoh tersebut.

“Sebelum ini, gaji saya di kedai kopi dapat menyara perbelanjaan keluarga, termasuk sewa bilik, makanan dan keperluan anak. Bila terputus sumber rezeki, saya terpaksa pinjam duit daripada jiran dan rakan untuk beli makanan dan susu anak.

“Apa yang merungsingkan saya adalah hutang semakin bertambah. Rakan-rakan pun susah juga, tidak dapat pinjamkan duit. Bagi saya yang penting adalah membesarkan anak dengan sihat. Selepas PKP, saya harap dapat bekerja semula dan menjalani kehidupan lebih baik,” katanya.

Orang ramai boleh memberi sumbangan, boleh salurkan bantuan kepada Lee Wei Ying ke akaun CIMB  7627594723.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.