EPISOD 7 MQT 2.0 : CAKAP BERBOLAK-BALIK & BERMUKA-MUKA, CIRI-CIRI ORANG BERPENYAKIT HATI

Depan cakap lain, belakang cakap lain. Cakap berbolak-balik dan bermuka-muka merupakan ciri orang yang ada penyakit hati. Golongan ini ibarat lalang yang tiada pendirian, dan menyokong demi kepentingan diri sendiri.

Golongan yang mempunyai penyakit hati apabila bertemu dengan orang beriman, mereka akan menyatakan “kami beriman” dan menyokong perkara kebenaran. Namun sekembali bertemu dengan pemimpin yang jahat, mereka menentang orang beriman.

Demikian kata pentadabbur My #QuranTime, Tuan Fazrul Ismail dalam My #QuranTime Episod 7 yang membawa kupasan Surah Al-Baqarah ayat 14 hingga 16. Kata beliau, ayat-ayat tersebut memberi pendedahan dan pemakluman kepada kita agar melihat diri sendiri berkaitan ciri hati yang sakit.

Tuan Fazrul (kiri) dan Qari Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman .

Bermula ayat 8, ALLAH SWT menceritakan ciri-ciri orang yang mempunyai penyakit hati. Pemimpin yang jahat dikaitkan dalam Surah An-Nas di mana syaitan meniup bisikan untuk mempengaruhi manusia untuk membenci, memusuhi dan menyebarkan fitnah. Mereka hanya berolok-olok dalam berbaik-baik dengan orang beriman bagi mendapatkan apa yang diperlukan atau disebut talam dua muka.

Pada zaman sekarang banyak syaitan bertopengkan manusia. Mereka mensyaitankan maklumat melalui platform media sosial. Perkara ini menjauhkan manusia daripada rahmat ALLAH SWT. Itulah perkara yang perlu kita elakkan. Jika rasa hati tidak tenang, dekati al-Quran dan sibukkan diri kepada kebaikan. Jika hati rasa kosong, cari Tuhan, bukan cari syaitan.

Ayat 14 dalam Surah Al-Baqarah, orang yang mempunyai penyakit hati ingin mendapat perhatian daripada pemimpin dan golongan elit berbuat keburukan untuk mendapatkan manfat diri sendiri, biarpun buat kerosakan dan bukan kebaikan. Pada masa sama, mereka menjauhkan daripada golongan biasa dan bawahan.

Ayat 15 menyatakan ALLAH SWT akan membalas terus atas perbuatan orang yang suka berdusta dan memperolok-olokkan dengan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan di dunia dan akhirat. Golongan munafik berada di tempat paling bawah neraka. Apabila masuk neraka, dia dibuka pintu ke syurga, dan berenang dengan harapan masuk syurga. Apabila hampir tiba ke pintu, ia ditutup.

Orang beriman yang melihat keadaan mereka mentertawakan sebagaimana golongan tersebut pernah mentertawakan orang beriman yang solat, orang yang miskin dan membaca al-Quran ketika di dunia.

Penyakit hati perlu dirawat dengan al-Quran.- Gambar oleh Freepik

ALLAH SWT memberi peluang yang panjang untuk orang yang ada penyakit hati berada dalam keadaan melampau dengan tujuan untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Namun disebabkan buta hati, mereka tidak sedar melakukan kerosakan.

Buta hati memberi kesan hingga ke akhirat. Apabila melalui titian sirat, kita perlukan cahaya. Tetapi apabila tidak nampak cahaya, ia terkandas ke neraka. Oleh itu, kita perlu memperbaiki diri, keluarga, masyarakat dan negara untuk mendekati ALLAH dan bermohon agar diberi cahaya hidayah untuk masuk ke syurga.

Di dunia, orang yang ada penyakit hati apabila bertemu dengan orang beriman, mengatakan diri mereka beriman. Hakikatnya mereka hanya memperolokkan agama. Orang yang beriman sentiasa menghargai seseorang itu di mulut dan di hati, berbanding dengan mereka yang hanya manis di mulut tetapi di hatinya berbeza.

Ayat 16  menyatakan orang yang ada penyakit hati adalah orang yang menukarkan hidayah kepada kesesatan. Setiap orang menerima hidayah, tetapi  mereka memilih untuk menukarkannya kepada kesesatan. Orang beriman tidak mementingkan diri. Mereka mempunyai prinsip untuk melakukan kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah.

Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5 mengisytiharkan orang yang membaca al-Quran, solat dan berinfak adalah orang yang mendapat petunjuk dan berjaya.

Jom kita muhasabah diri dengan sentiasa memperbaiki amalan sebagai manifestasi keimanan kepada ALLAH SWT.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.