EPISOD 6 MQT 2.0 : TIDAK BOLEH DITEGUR, BUAT KEROSAKAN & SUKA FITNAH, TANDA ADA PENYAKIT HATI

DIA semuanya betul, orang lain salah. Inilah tanda penyakit hati. Adakah kita bersikap sedemikian? My #QuranTime 2.0 Episod 6  mengupas ayat 10 hingga 13 dalam Surah Al-Baqarah mengenai ciri-ciri orang yang munafik.

Pentadabbur MQT, Tuan Fazrul Ismail berkata, pada episod sebelum ini, ayat 8 dalam surah kedua ini menyatakan ciri orang munafik apabila bercakap tetapi cuba menipu ALLAH SWT. Manakala ayat 9, menyatakan hati mereka ada penyakit, kemudian ALLAH menambahkan penyakit tersebut dengan memberi kemenangan dan kejayaan kepada orang beriman.

Ini menyebabkan mereka berasa dengki, sombong dan tidak puas hati dengan kejayaan yang diberikan oleh ALLAH kepada Rasul SAW dan orang beriman. Ayat 10 hingga 13 menunjukkan ALLAH memberi komentar kepada ayat 8 dan 9.

Pengajarannya, jika kita rasa tidak puas hati dengan nikmat yang diterima orang lain, ini bermaksud ada penyakit hati. Jadi, kita mohonlah kepada ALLAH SWT agar dijauhkan daripada penyakit tersebut.

Tuan Fazrul Ismail, Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas sebagai pentadabbur My #QuranTime 2.0 

Ayat 10 dalam Surah Al-Baqarah menyatakan hati mereka ada penyakit, lalu ALLAH menambah penyakitnya itu, dan mereka mendapat azab yang pedih. Sikap mereka selalu ‘cakap tak serupa bikin’ atau mendustakan apa yang dikatakan. Penafian tersebut  boleh menyebabkan hati mudah sakit.

Jika kata “sakit hati betul!”. Ini juga tanda golongan ketiga, iaitu munafik. Oleh itu, kita perlu menjaga mulut dan hati, semoga kita mendapat manfaat.

Ayat 11 menyatakan golongan yang ada penyakit hati tidak boleh menerima teguran. Apabila ditegur agar jangan membuat kerosakan di muka bumi atau menghancurkan perpaduan ummah, mereka akan menafikannya dengan mengatakan berbuat kebaikan.

Contohnya, tentera Amerika mempelajari bahasa Arab atas alasan membawa keamanan kepada Iraq, dan bukan menghancurkan. Kita jangan syok sendiri dalam melakukan sesuatu.  Sekiranya ada orang menegur, kita perlu ambil teguran bermuhasabah dan memperbaiki diri, bukan dengan cara membalas semula.

Al-Quran solusi penyakit hati

ALLAH SWT berfirman: “Ingatlah sesungguhnya merekalah yang membuat kerosakan, tetapi tidak menyedarinya.” (Surah Al-Baqarah: 12)

Qari, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman

Ayat 12, ALLAH SWT menafikan golongan yang membuat kerosakan dan tidak sedar menipu ALLAH, sebenarnya mereka tidak selamat. Sikap orang yang ada penyakit hati apabila ditegur akan membalas balik. Mereka sebenarnya tidak sedar, jadi kita doakan agar sedar perkara tersebut. Cara pandangan mereka berbeza dengan orang yang hatinya hidup. Apabila mendapat teguran, dia akan memperbaiki perkara tersebut.

Menurut Imam Wahbah Zuhaili, antara kerosakan yang dibuat oleh orang yang ada penyakit hati seperti membuat fitnah. Ia banyak berlaku ketika musim pilihan raya baru-baru ini. Kita perlu berjaga-jaga. Dia rasa sudah baik, tapi masih suka memfitnah orang. Jika buat baik, teruslah buat baik. Banyakkan buat kebaikan adalah ciri hati yang hidup. Pemimpin yang hati hidup akan terus buat kebaikan dan apabila ditegur, dia akan memperbaiki dirinya tanpa menyalahkan dan memfitnah orang lain.Orang yang ada penyakit hati perlu disembuhkan dengan al-Quran.

Ayat 13, ALLAH menegur orang yang ada penyakit hati untuk beriman seperti orang lain, tetapi mereka menganggap keimanan tersebut seperti orang yang bodoh dan lemah akal. Mereka menggelarkan orang beriman itu bodoh, sedangkan mereka sebenarnya yang bodoh dan tidak mengetahui. Golongan tersebut menjual akhirat dengan dunia, kerana tidak mampu menilai yang mana lebih bagus.

Abu Jahal ialah orang yang bijak pandai. Nama asal beliau ialah Abu Hakam bermaksud bijak. Tetapi Rasulullah SAW menggelar beliau sebagai Abu Jahal kerana tidak menggunakan ilmu untuk makin dekat dengan ALLAH SWT.

Kita hendaklah berdoa agar ALLAH tambahkan keberkatan dan kebaikan dengan ilmu. Dengan ilmu, seseorang itu menjadi semakin dekat dengan ALLAH, itu tanda hati yang hidup. Untuk beriman, kita perlukan ilmu. Oleh itu kita hendaklah belajar al-Quran untuk menambahkan keimanan. Tanpa ilmu, tidak mungkin kita boleh beriman dengan kadar yang betul.

RESOLUSI SURAH AL-BAQARAH AYAT 10-13

  1. Benar dalam setiap ucapan dan tidak berdusta (10)
  2. Jangan menghalang orang lain berbuat kebaikan (11)
  3. Sifat orang munafik yang berbuat kerosakan (12)
  4. Tipu daya orang munafik terhadap orang beriman (13)

Sila ikuti siaran langsung dan ulangan My #QuranTime 2.0 di https://www.youtube.com/@MyQuranTime.

Untuk menjadi penonton My #QuranTime di Studio Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor, sila daftar di https://bit.ly/MQTDUA.
Pendaftaran berkumpulan melebihi 20 orang, daftar di link berikut: http://www.wasap.my/60133331502/MQTHadir

 

 

 

 

 

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.