EPISOD 5 MQT 2.0: CIRI-CIRI HATI MATI ORANG KAFIR DAN PENYAKIT HATI ORANG MUNAFIK

Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5, mengenal ciri-ciri hati yang hidup bagi orang beriman. Ayat 6 dan 7 menunjukkan golongn hati yang mati. Mereka digelar sebagai orang kafir yang dikunci hatinya. Manakala ayat 8 hingga 20, menunjukkan ciri-ciri hati yang sakit, iaitu golongan orang munafik yang menipu keimanannya.

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, sama ada engkau (Muhammad) memberikan peringatan atau tidak kepada mereka, mereka tidak akan beriman. ALLAH telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.” (Surah Al-Baqarah: 6- 7)

Pentadabbur MY #QuranTime (MQT) 2.0, Tuan Fazrul Ismail berkata kita perlu memahami konteks ayat 6 yang diturunkan di Madinah. Dari segi Asbabul Nuzul, Nabi Muhammad SAW berceramah dan mengingatkan kepada orang Yahudi di Madinah. Mereka sudah pun mendapat pelbagai peringatan sebelum itu, termasuk Taurat . Apabila Rasulullah SAW  diutuskan oleh ALLAH SWT, orang Yahudi tidak beriman.

Menurut Imam Al-Baghawi, ayat tersebut merujuk kepada orang musyrik di Makkah. Rasulullah SAW telah berceramah dan memberi nasihat selama 13 tahun di Makkah, tetapi masih tidak beriman. Maka golongan tersebut digelar orang kafir.

Istilah kafir atau kafaru tidak boleh digunakan kepada mereka yang belum kita ingatkan atau ajakan kepada Islam. Orang Yahudi di Madinah menentang Rasulullah SAW apabila diberi peringatan. Bagi orang yang diingatkan tetapi tidak melawan, mereka digelar orang bukan Islam atau istilahnya, musyrik iaitu orang yang mensyirikkan ALLAH SWT.

Istilah tersebut adalah penting untuk kita fahami agar tidak mudah melabelkan orang kafir, sedangkan kita mungkin tidak beri hak sebenar mereka. Kita perlu berusaha untuk mengajak mereka kepada hidayah ALLAH SWT.

Perkataan kafaru daripada kafara bermaksud menutup. Contoh biji benih ditutup dengan tanah yang dinamakan kafara. Dalam al-Quran ada perkataan kafir, nama lain bagi petani dalam Surah Al-Hadid. Ini kerana tugas petani yang meletakkan biji benih dan tutupkan dengan tanah itu, yang namanya kafara.

Orang kafir ada kebenaran tetapi mereka tutup dengan ego, dengki, sombong dan akhirnya tidak mendengar kepada peringatan daripada Nabi Muhammad SAW. Ayat 7, ALLAH memberi pengisytiharan bahawa hati, penglihatan dan pendengaran mereka telah dikunci, kesan sikap mereka yang diberi peringatan dalam jangka masa yang panjang tetapi tidak mengendahkannya.

Ayat 6-7 merupakan satu peringatan. Pada masa sama ia menjadi pujukan kepada Nabi Muhammad SAW yang sudah berusaha tetapi mereka tidak menerimanya. Jadi, perkara tersebut bukanlah masalah Baginda SAW, tetapi kembali kepada ALLAH SWT.

Ia juga menjadi motivasi dan pujukan kepada kita yang sudah melakukan kerja untuk mengingatkan orang di sekeliling. Syaratnya kita mesti buat kerja dan bukannya terus menghukum atau membiarkan orang yang bukan Islam tidak mendapat hidayah ALLAH SWT.

Ayat 7 menyatakan ALLAH menutup hati-hati mereka, pendengaran mereka dan penglihatan-penglihatan mereka. Pendengaran disebut satu sahaja kerana mengikut kajian sains, pendengaran kita mono, iaitu boleh mendengar satu perkara sahaja dan bergantung apa yang kita fokus.

Ayat tersebut menceritakan bagaimana deria kita berfungsi, apatah hati kita yang ada pelbagai perkara bergejolak di dalamnya. Hati orang kafir ditutup seketat-ketatnya sehingga tiada mendapat cahaya daripada ALLAH SWT. Golongan tersebut bukan sekadar menolak, malah menentang Islam. Di penghujung ayat 7, mereka diberi ancaman azab yang besar.

Namun kita janganlah menilai seseorang seolah-olah tiada harapan untuk berubah dalam kehidupan. Kisah Abu Sufyan Al-Harith yang selalu menentang Nabi Muhammad SAW, tetapi Baginda SAW terus memberi ingatan sehingga akhirnya beliau memeluk Islam.

Sebanyak 13 ayat dalam Surah Al-Baqarah, ALLAH menyatakan ciri-ciri hati yang sakit. Ia menjadi panduan kepada diri kita untuk menilai diri sendiri, sama ada “hati saya sakit atau tidak”, sebelum melihat orang lain.

Ayat 8, ALLAH SWT menceritakan kategori ketiga iaitu orang yang ada penyakit hati. Mereka mengaku beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, tetapi sebenarnya mereka tidak langsung beriman. Ini adalah ciri-ciri orang munafik. Tetapi ALLAH tidak membawa istilah munafik, agar kita sewenang-wenangnya melabelkan orang lain sebagai munafik.

Menurut Imam Al-Baghawi, golongan ketiga ini lebih buruk berbanding dua kategori lain. Apabila mereka bercakap, kita perlu berjaga-jaga. Mereka hanya bermanis mulut di hadapan orang beriman pada zaman Nabi Muhammad SAW. Apabila kita beriman, bercakaplah daripada hati kita. Hati inilah yang akan menjelma semula konsisten atu tidak apa yang kita nyatakan.

Dalam Ayat 9 menyatakan ciri-ciri hati yang sakit dalam kalangan orang munafik adalah mereka hendak menipu ALLAH dan orang-orang beriman, sedangkan mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa sedar.

Menurut ulama tafsir, golongan tersebut melakukan nifak atau munafik dalam dua bentuk iaitu akidah dan perbuatan. Mereka merugikan diri sendiri kerana menipu diri sendiri. Mereka mengambil kesempatan ke atas orang Islam untuk kepentingan sendiri, seperti peluang mendapatkan harta.

Golongan yang mempunyai penyakit hati berpura-pura baik tapi membuat kerosakan. Oleh itu, kita berdoalah kepada ALLAH SWT supaya dijauhkan daripada sifat-sifat munafik dalam bentuk akidah dan perbuatan seharian.

Resolusi:

  1. Sebarkan dakwah dan serahkan kepada ALLAH SWT (ayat 6)
  2. Jauhi keegoan yang menjadi punca hati mati untuk terima Islam (ayat 7-8)
  3. Jujur dalam setiap tindakan dan perbuatan kita (ayat 9)

Untuk menonton siri ulangan My #QuranTime 2.0, sila layari di Facebook My #QuranTime Official dan YouTube My #QuranTime. Anda boleh ikuti segmen bacaan Qari, Tajwid, Hafazan dan Pilihan Perkataan.  Al-Quran Al-Hafiz terbitan Karya Bestari digunakan sebagai rujukan untuk hafazan.

INFO

Program My #QuranTime 2.0 didanai oleh Tabung Gerakan Al-Quran yang diuar-uarkan ketika My #QuranTime 1.0. Sumbangan Tabung Gerakan al-Quran boleh disalurkan ke akaun MAYBANK: 5642 7653 8528 rujukan: Tabung Quran (bit.ly/TabungQuran)

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.