EPISOD 4 SIRI ULANG KAJI MQT 2.0: BERPANDUKAN AL-QURAN UNTUK BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT

Surah Al-Fatihah adalah surah yang amat penting dan pembukaan bagi al-Quran. Mengapa dinamakan Surah Al-Fatihah dan menjadi surah pertama dalam al-Quran?

Sesi ulangkaji Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5 bersama Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Muhammad Arif Musa.

Beliau mendahului perkongsian ilmu dengan mendoakan semoga kita terus istiqamah dalam mendalami ilmu mutiara yang ALLAH tinggalkan atas dunia ini untuk kita.

Dari kiri, Tuan Fazrul, Dr Muhammad Arif dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali pada Episod 4 Ulang Kaji MQT 2.0.

Berpandukan perbincangan para ulama, susunan ayat dan surah dalam al-Quran adalah tauqifi (ketentuan ALLAH) di mana ia  bersumberkan wahyu dan bukan bersumberkan ijtihad para sahabah. Melalui Malaikat Jibrail, Rasulullah SAW yang menunjukkan surah itu mengikut susunan.

Dalam erti kata lain, tentu ada hikmat tertentu mengapa Surah Al-Fatihah diletakkan di hadapan. Menurut kitab tafsir, al-Fatihah hanyalah salah satu nama yang diberikan kepada Surah Al-Fatihah, iaitu surah pembuka. Menariknya, inilah nama paling masyhur dan diambil daripada hadis Nabi Muhammad SAW.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melaksanakan solat dan tidak membaca al-Fatihah di dalamnya, maka solatnya itu kurang.” (Riwayat Muslim)

Nama lain Surah Al-Fatihah ialah As Sab‘u al-Mathani (tujuh yang berulang-ulang). Ini sebagaimana ALLAH SWT berfirman: “Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan al-Quran yang agung.” (Surah Al-Hijr: 87)

Selain itu, As-Syifa, Ummul Quran dan Al-Ruqyah. Imam Al-Qurtubi menyebut 12 nama manakala sebahagian ulama mengira 22 nama. Nama-nama tersebut merujuk kepada kelebihan Surah Al-Fatihah.

Surah Al-Fatihah diletakkan di hadapan disebabkan tasmiyah sebagai Ummul Quran. Menurut para ulama, ia menjelaskan bahawa maqasid atau objektif umum al-Quran dimampatkan semuanya dalam Surah Al-Fatihah. Ia memberi gambaran dan mukadimah apa yang terkandung dalam al-Quran. Untuk memahami surah tersebut, ia memerlukan tadabbur yang tinggi untuk mendapatkan objektif umum yang ada dalam al-Quran yang tersirat dalam Surah Al-Fatihah.

Fazrul berkata, untuk kita terus berjaya, kita pastikan solat yang dibuka dengan Surah Al-Fatihah. Untuk berjaya dalam hidup, kata  perlu berpandukan al-Quran sebagai Kitab Hidayah yang bermula dengan Al-Fatihah.

Bacaan Surah Al-Fatihah adalah antara rukun solat. – Gambar hiasan

Dr Muhammad Arif dalam meneliti dalam aspek bahasa dan kaitan dengan perkataan sirat yang bermaksud jalan yang lurus. Dalam kamus bahasa Arab ada perkataan sabil dan tariq yang bermaksud jalan dan laluan.

Perbezaan kata Arab, sirat merujuk kepada jalan yang mudah. Walapun merujuk kepada tariq sahal (jalan mudah), tetapi tariq tidak semesti mudah. Ada jalan mudah dan jalan susah. Perkataan sabil mengikut pandangan ulama bermaksud ia lebih luas daripada tariq. Ia biasanya dirujuk kepada perkara kebaikan seperti fi sabilillah (jalan ALLAH). Tariq secara umum tidak merujuk kepada kebaikan. Bahkan ia merujuk ke neraka jahanam.

Sabil biasa digunakan di ruang-ruang kebaikan. Tariq digunakan kepada jalan keburukan. Menurut Ibnu Qayyim, sirat adalah jalan yang lurus, tidak bengkang-bengkok dan mudah untuk dilalui dan jalan itu luas yang akan membawa kita kepada tempat yang dituju.

ALLAH SWT berfirman: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.” (Surah Al-Fatihah: 5)

Ayat tersebut menyatakan “kami..,” sebagai kata ganti diri yang merujuk kepada ramai. Para ulama menjelaskan apabila kita baca walaupun seorang diri, “kami” merujuk kita sebagai ukhuwah islamiah. Umat Islam itu perlu ada kesatuan yang kuat.

Apabila mebaca Surah Al-Fatihah, seolah-olah kita bersama saudara-saudara seislam berdialog dengan ALLAH SWT dan selepas setiap ayat ada jawapan yang ALLAH SWT berikan. Ini menunjukkan umat Islam yang satu dan jangan berpecah-belah.

Inilah yang ditekankan oleh para ulama ketika mentafsirkan ayat  tersebut iaitu kesatuan Islam. Kita mungkin berbeza pendapat tapi jangan sesekali berpecah-belah. Kita tautkan kembali hubungan dalam umat Islam dan kuatkan kesatuan.

ALLAH SWT berfirman: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) ALLAH, dan janganlah kamu berpecah-belah.” (Surah Ali ‘Imran :103)

Ayat ini merujuk bahawa kita beribadah paling bagus adalah secara berjemaah. Jika solat, paling baik secara solat berjemaah. Jika kita hendak beribadah, buatlah secara berjemaah. Sesiapa yang selalu solat berjemaah, apabila bersolat seorang di rumah rasa kekosongan. Ini dirasakan bagi orang lelaki yang selalu ke masjid.

Rasulullah SAW berkata antara tujuh golongan yang mendapat naungan ALLAH SWT adalah lelaki yang hatinya terikat dengan masjid. Jika tidak pergi masjid, dia rasa resah dan tak kena. Kita guna kata ganti nama kami (jamak), ia dalam bentuk tawaduk. “Ya ALLAH kepada Engkau kami menyembah, kepada Engkau, Kami mohon pertolongan” . Jika ganti nama kepada aku, ia seolah-olah ada unsur menaikkan diri sendiri.

Kita tidak sempurna. Jadi kita ambil ganti nama “kami” semua menyembah. Tahap ibadah kita berkaitan dengan orang lain. Menurut tafsir ar-Rawi, kebaikan dalam beribadah bukan kepada kita sahaja, bahkan kebaikan ibadah itu dirasai oleh orang lain. Contoh bila kita berdoa minta hujan, ia tidak turun kepada kita sahaja, tetapi turun kepada mereka yang merasaikan. Jadi kekuatan ibadah itu sangat luas.

Fazrul berkata, Surah Al-Fatihah diulang 17 kali dalam solat fardu untuk kita memaknai sebenarnya ibadah yang kita buat bukan kita seorang tapi ada orang lain juga beribadah dalam berjemaah. Kita mohon pertolongan bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk pasangan, anak, kawan-kawan lain. Kesan ibadah itu menyebar ke seluruh dunia dan ia tidak mementingkan diri sendiri.

Sementara itu, Ustaz Muhammad Arif berkata Surah Al-Baqarah dikatakan surah terpanjang dalam al-Quran. Ia meliputi hampir dua juzuk setengah. Surah tersebut mengandungi pelbagai hukum-hakam yang bersesuaian dengan waktu penurunannya selepas hijrah Nabi Muhammad SAW.

Banyak fadilat dalam Surah Al-Baqarah yang disebut oleh Baginda SAW. Bila  berinteraksi dengan fadilat-fadilat al-Quran, kita perlu  tahu bahawa bukan semua riwayat itu sahih. Contoh riwayat yang sahih untuk dijadikan panduan.

Kehebatan al-Quran sehinggakan para malaikat datang menaungi pembacanya. Kekadang kita tidak sedar baca al-Quran untuk habiskannya atau hanya lihat aspek tajwid. Jika kita baca dengan niat ikhlas, insya-ALLAH, para malaikat datang menaungi pembacanya dari langit.

Fazrul berkata Surah Ghafir ayat 7 dan 8 menceritakan mengenai malaikat yang bukan sekadar menaungi, bahkan memohon keampunan untuk kita dan keluarga. Ia merupakan anugerah besar sebagai motivasi untuk kita membaca al-Quran.

Ayat 3 dan 4 menjelaskan tentang lima sifat orang bertakwa iaitu beriman kepada perkara ghaib, mendirikan solat, infak bagi rezeki yang diberikan oleh ALLAH, beriman kepada apa yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dan para nabi sebelumnya, serta yakin pada hari akhirat.

ALLAH SWT berfirman: “Dan mereka yang beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan merka yakin adanya akhirat.” (Surah Al-Baqarah: 4)

Jika ditanya masih sahihkan Kitab Injil dan Taurat dan bagaimana statusnya? Jika kita lihat pada tafsiran ayat dan dikaitkan kitab terdahulu, maka sifat orang bertakwa dan beriman dengan apa yang diturunkan sebelum Nabi Muhammad SAW, iaitu Taurat dan Injil.

ALLAH SWT berfirman: “ Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kita (al-Quran) dengan membawa kebenaran, yang membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya  dan menjaganya…” untuk mengesahkan benarnya Kitab-Kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya…” (Surah Al-Maidah: 48)

Surah Al-Maidah menyebut al-Quran yang menguasai Kitab-Kitab sebelumnya dan mengandungi segala hikmah. Surah ini diturunkan di Madinah. Ketika itu ada golongan ahli kitab. ALLAH SWT menyatakan jika mereka beriman dengan Injil atau Taurat sahaja, maka iman mereka terbatal. Tiada guna iman mereka kerana al-Quran paling utama dan perlu dirujuk pada masa kini. Zaman Taurat dan Injil telah tamat.

Al-Quran menjadi panduan bagi semua manusia untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Hadis ini mengajar kita bagaimana berinteraksi dengan kitab-kitab terdahulu. Umar Al Khatab RA berjumpa Rasulullah SAW dan berkata, “Kami telah mendengar beberapa cerita daripada orang Yahudi yang kami suka. Bagaimana wahai Rasulullah SAW, kami menulis cerita tersebut?” Baginda SAW menjawab: “Kamu ini wahai Umar, kamu keliru kah sebagaimana orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Tambah Baginda SAW, “Aku telah mendatangkan kepadamu satu kebenaran yang jelas (al-Quran). Jika Nabi Musa AS masih hidup akan mengikuti aku.”

Al-Quran sebagai panduan di mana terhimpun segala kebaikan dan hikmat. Kita tidak perlukan kitab-kitab terdahulu, sebagaimana ditegur oleh Rasulullah SAW. Kita beriman dengan Kitab-Kitab lain sebagai wahyu ALLAH pada suatu ketika itu.

Fazrul berkata kita mengutamakan yang utama iaitu al-Quran. Ada orang berkata dia lebih suka baca Bible dengan alasan untuk mudah berinteraksi dengan orang bukan Islam. Rupa-rupanya keutamaan yang kita belajar dalam ayat 4, jika mahu terlibat dalam perbandingan agama, pastikan al-Quran dipelajari dengan betul. Berdoalah kepada ALLAH SWT agar kita selalui dipimpin untuk menjadi orang bertakwa, berjaya di dunia dan akhirat kerana berada di atas hidayah-Nya.

Qari, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali membimbing bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5. Beliau juga berkongsi ilmu dalam segmen tajwid dan hafazan.

Program My #QuranTime 2.0 merupa projek ummah yang didanai oleh para pewakaf dan penginfak Tabung Gerakan Al-Quran. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook My #QuranTime Official.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.