EPISOD 3 MQT 2.0: CIRI ORANG BERTAKWA DAN BERJAYA DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 1-5

Surah Al-Baqarah diturunkan ketika Nabi Muhammad telah berhijrah ke Madinah. Ia melatih Baginda SAW mengenai kepimpinan sebagai pemimpin bertakwa. Episod 1, Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5 menyatakan ciri orang bertakwa yang berjaya.

Pentadabbur MY #QuranTime 2.0, Tuan Fazrul Ismail berkata kita perlu menjadikan amalan membaca Surah Al-Baqarah dan menjadikan panduan untuk kuatkan hati orang yang bertakwa. Ia juga menyebabkan syaitan lari dari rumah apabila dibacakan surah tersebut.

Rasulullah SAW bersabda: “Jangan jadikan rumah kamu seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah.” (Riwayat Muslim)

Pada zaman Bani Israel, Nabi Musa AS menyampaikan perintah ALLAH kepada kaumnya untuk menyembelih seekor lembu untuk menghidupkan semula mayat yang dibunuh, dengan kuasa ALLAH. Tetapi kaum Bani Israel terlalu banyak bertanya mengenai lembu tersebut sehingga ia menyukarkan pencarian tersebut. Ini menunjukkan Nabi Musa AS sebagai pemimpin yang sabar dalam melayan pelbagai karenah rakyatnya dan meminta perlindungan ALLAH SWT.

Ayat 1 dalam Surah Al-Baqarah dimulakan dengan Alif Lam Mim, iaitu ayat muqataah yang tidak ketahui maksudnya. Menurut Imam Ar-Razi , untuk memahami ayat muqataah, kita perlu ada kerangka fikir bahawa saya tidak tahu, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui,. Dia yang mentadbir sekalian alam dengan kasih sayang-Nya.

Untuk menjadi pemimpin, seseorang itu perlu ada sikap “saya tidak tahu”, serahkan kepada ALLAH SWT. Itulah pengajaran daripada ayat 1.

Manakala perkataan “hudan” dalam ayat 2 ada kaitan dengan hidayah. Apabila kita menerima hidayah daripada al-Quran. Kita amat gembira menerima hadiah daripada ALLAH. Kalimah “hudan” disebut banyak kali dalam al-Quran. Menurut Imam Al-Qurtubi, hidayah adalah ketentuan daripada ALLAH SWT.

Apa sahaja formula selain daripada ALLAH, ia akan hancur dan gagal. Tiada keraguan dalam Al-Quran yang diturunkan oleh ALLAH. Untuk berjaya, kita hendaklah memohon rahmat ALLAh untuk Berjaya di dunia dan akhirat.

Ayat 3 dan 4 menunjukkan ciri-ciri secara spesifik orang yang bertakwa iaitu beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat, menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, beriman kepada  al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya, dan yakin pada hari akhirat.

Hidayah diberikan secara bertahap, iaitu dari tahap 1 kepada 2, seterusnya 3 di mana kita mengambil panduan kehidupan daripada al-Quran. Ada yang dengar dan sedar, tetapi tidak buat. Ini ditentukan oleh ALLAH. Pada tahap 3, kita diiring dan dipimpin ke syurga.

Sifat orang bertakwa yang beriman kepada ghaib adalah perkara asas. Contoh beriman kepada ALLAH. Kita percaya ALLAH SWT dan Rasul-Nya walaupun tidak nampak. Semua alam ini berjaya kerana mengikut fitrah ALLAH SWT.

Ayat 4, antara ciri orang bertakwa ada amal pada hati dan tubuh badannya. Selain itu, keyakinan kita kepada hari akhirat sangat jelas. Dalam al-Quran menyebut bagaimana tanah kontang boleh tumbuh sesuatu. Apatah lagi ALLAH menghidupkan kita semula  di akhirat. Cara untuk elakkan cabaran, ujian dan masalah hidup, kita hendaklah melaksanakan perintah ALLAH.

Ayat 5 menunjukkan pujian dan sanjungan ALLAH. Untuk mendapat pengiktirafan, kita perlukan pengorbanan. Mereka yang mendapat petunjuk, hati mudah lentur seterusnya mendirikan solat, dan menjaga hubungan dengan manusia. Kita bukan hidup keseorangan di dunia ini. Untuk menjaga perhubungan dengan manusia, kita perlu infak apa yang direzekikan oleh ALLAH.

Untuk menjadi orang yang berjaya (muflihin), kita hendaklah menjadi pejuang tauhid dan takwa dalam membuat persediaan bertemu dengan ALLAH.

Resolusi ayat 1 hingga 5 dalam surah Al-Baqarah

  1. Sentiasa menggali ilmu kerana kita manusia tidak tahu
  2. Cintakan al-Quran, solat dan infak untuk membentuk individu berjaya
  3. Utamakan hak ALLAH dan seimbangkan dengan urusan dunia

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.