EPISOD 2 MY #QURANTIME 2.0 : SURAH AL-FATIHAH DIDIK UNTUK BINA UMAT ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH, disebut dalam Surah Al-Fatihah dibaca sekurang-kurangnya 17 kali sehari dalam solat fardu. Kalimah tersebut diucapkan di dunia dan akhirat, iaitu di syurga. Kita menjadi hamba yang betul-betul bersyukur kepada ALLAH SWT.

Episod 1 My #QuranTime (MQT) 2.0 memfokuskan Surah Al-Fatihah yang dibimbing bacaan oleh Qari Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan ditadabbur oleh Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Tuan Fazrul Ismail .

Fazrul berkata, Surah Al-Fatihah adalah surah pertama dalam al-Quran. Surah mengandungi 7 ayat ini diturunkan di Makkah, dan disebut surah Makkiyah. Sinopsis bagi ayat 1 hingga 4 adalah puji-pujian kepada ALLAH, keimanan pada hari kebangkitan dan Asmaul Husna. Ayat 5 mengenai pengkhususan ibadah, permohonan doa dan pertolongan. Ayat 6 hingga 7 menyebut permohonan hidayah dan dipimpin ke jalan yang lurus.

Orang yang memahami al-Quran berasa lebih mudah untuk melakukan ibadah solat. Tanda kejayaan seseorang itu pada solat. Ini disebut dalam laungan azan “Marilah menunaikan solat. Marilah menuju kejayaan.”

ALLAH SWT bersabda: “Dan sesungguhnya, Kami telah memberikan kepadamu tujuh (ayat) yang (dibaca) berulang-ulang dan al-Quran yang agung.” (Surah Al-Hijr: 87)

Surah Al-Fatihah wajib dibaca dalam rukun solat. Pengulangan bacaan Surah Al-Fatihah adalah penting untuk kita dekat dengan ALLAH SWT. Ia ada kaitan dengan al-Quran yang Azim (Hebat). Ini bermaksud, apabila membaca al-Quran, kita jadi orang hebat, dengan izin ALLAH.

Kesan membaca Surah Al-Fatihah berulang kali, kita dapat merasakan keagungan ALLAH dalam kehidupan kita mengagungkan ALLAH, dan bukan kepada manusia mahupun masalah kita. Betapa lemah kita sebagai hamba ALLAH, tidak putus mengadu dan memohon kepada-Nya, sebagaimana disebut dalam Surah Al-Fatihah, ayat 5 :

ALLAH SWT berfirman: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.”

Dalam segmen Tajwid, Ustad Ahmad Tarmizi  menekankan makhraj Ha pedas di tengah kerongkong pada ayat 2 dan 3. Selain itu, beliau membimbing untuk menyempurnakan makhraj pada ayat 6 : Ha (simpul), Shod, tho, qof. Kalimah terakhir Surah Al-Fatihah, “ad-Dholin” menyempurnakan mad lazim kalimi muthaqqal  dan makhraj huruf dho.

Fazrul berkata, kalimah Alhamdu yang berasal daripada perkataan  hamida bermaksud memuji. Sebanyak 68 kali perkataan berulang dalam al-Quran. Segala pujian dan kesyukuran yang lahir daripada hati kita, bermula dengan berdoa selepas bangun tidur. Sekiranya pujian sekadar di mulut itu adalah madah. Ia sepatutnya pujian yang datang dari hati, keluar di lidah.

Fazrul berkata, kalimah Alhamdu yang berasal daripada perkataan  hamida bermaksud memuji. Sebanyak 68 kali perkataan berulang dalam al-Quran. Segala pujian dan kesyukuran yang lahir daripada hati kita, bermula dengan berdoa selepas bangun tidur. Sekiranya pujian sekadar di mulut itu adalah madah. Ia sepatutnya pujian yang datang dari hati, keluar di lidah.

Dalam sesi tadabbur, Fazrul berkata ayat 1 dalam Surah Al-Fatihah : “Bismillahirrahmanirrahim” menyatakan apabila membaca kalimah tersebut, sikap kita adalah “Ya ALLAH, Engkau Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Engkau memberiku keupayaan untuk melakukan apa sahaja termasuk beribadah kepada mu.” Oleh itu, kita hendaklah terus memuji ALLAH SWT.

Ayat 2 bermula dengan Alhamdu, yang bermaksud segala pujian dan kesyukuran. Kita memuji ALLAH pada nikmat yang diterima oleh orang lain dan bersyukur atas nikmat ALLAH kepada kita. Kesannya, kita tiada rasa hati melihat kelebihan orang lain. “Ya ALLAH, Engkau beri nikmat kepada dia, ALLAH juga boleh beri nikmat kepada ku.” Kita akan menjadi amat bersyukur. Apabila bersyukur, ALLAH tambahkan nikmat kepada kita. nikmat seperti disebut urah Ibrahim bersyuku rditambha.

ALLAH SWT berfirman: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memperingatkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat ALLAH), maka sesungguhnya ALLAH Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim : 7)

Setiap hari mungkin ada kekurangan dan kelebihan pada diri, pasangan, dan keluarga. Apa khabar kerangka fikir (mindset) kita? Jawapannya adalah Alhamdulillah. Sebenarnya banyak perkara boleh kita nyatakan sebagai rahmat ALLAH yang perlu dipuji dan disyukuri.

Peserta MQT 2.0 membaca Surah Al-Fatihah.

Ayat 2 mengenai Rububiyah iaitu Tuhan mencipta, mendidik dan membesarkan al-‘alamin bagi semua makhluk. Al-‘alamin adalah perkataan jamak bagi al-‘alam yang berakal. Apabila berakal, kita boleh memuji dan mensyukuri. Bagi mereka yang tidak berakal atau tidak tahu menggunakan kapasiti berfikir, tidak nampak nikmat ALLAH untuk dipuji dan disyukuri. Al-‘alamin jin, manusia dan malaikat yang berakal memuji kepada ALLAH SWT.

Ayat 3, menurut Imam Baghawi, ALLAH yang Maha Pemurah dan Penyayang telah menjadikan alam ini ALLAH sayang kita. ALLAH mengajar kita dengan al-Quran kerana kasih sayang-Nya. Semakin kita dekat dengan ALLAH, semakin kita berkasih sayang, tidak suka fitnah, kutuk atau marah. Orang yang berkasih sayang dapat pelbagai nikmat.

Manakala orang yang kurang rasa kasih sayang ALLAH, berasa tidak cukup, tidak puas hati, cepat marah, bentak, dan suka tengking. Oleh itu ia perlu diubat dengan ayat 3 iaitu Ar-Rahman Ar-Rahim.

Ayat 4 bermula dengan Maliki Yaumiddin yang bermaksud Penguasa atau Pemilik. ALLAH SWT, Tuhan sekalian alam mencakupi alam nyata dan alam tidak nampak (hari akhirat). ALLAH memastikan kita bertanggungjawab atas segala perbuatan. Oleh itu, kita perlu berfikir panjang sebelum bertindak mengenai kesan tiga saat, tiga minit, tiga jam, tiga hari hinggalah ke akhirat.

Perlu difikirkan apakah yang kita lakukan mengikut piawaian (standard) Addin iaitu agama. Jika kita menggunakan segala nikmat yang diberikan oleh ALLAH mengikut piawaian agama dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah, insya-ALLAH, kita lulus.

Kegagalan mematuhi piawaian agama, ini bermakna kita berhutang kepada ALLAH. Ia menjadi liabiliti dan mendapat amaran daripada ALLAH SWT.

Ayat 5 menyatakan permohonan kita kepada ALLAH untuk mengabdikan diri. “Pada Mu ya ALLAH, kami menghambakan diri dan beribadah.” Beribadah bukan sekadar solat. Apabila kita berasa lemah dan ingin mengikut apa sahaja perintah ALLAH Rabbu Alamin. Itu tanda kita menghambakan diri kepada ALLAH di sepanjang masa, dan bukan sekadar ibadah solat lima minit.

Perkataan “Na’budu” dalam fiil mudari’ bermaksud “kami sentiasa beribadah”. Kalimah tersebut menjelaskan secara khusus untuk kita meminta pertolongan ALLAH untuk bertauhidkan-Nya sahaja. Kita memfokuskan kepada ALLAH untuk menyampaikan munajat dan rintihan.

“Ya ALLAH, sebenarnya kami hamba yang kekadang degil, tetapi masih lagi hendak jadi hamba-Mu”. Dengan membaca ayat 5, ia memberi kekuatan untuk kita beribadah dan tidak sombong.

Ayat 6 menyatakan doa kita kepada ALLAH untuk diberi petunjuk ke jalan yang lurus. Dalam Surah Al-Baqarah mengisahkan hamba yang suka berdoa, seperti Nabi Adam AS. Nabi Ibrahim AS, dan Nabi Musa AS. Doa adalah praktikal untuk memohon ke jalan lurus ke syurga. Sekiranya ada tekanan, ki ia boleh diurus dengan panduan hidayah daripada ALLAH SWT. Biar sukar sedikit di dunia, tetapi berbaloi terus sampai ke syurga ALLAH. Ayat 7 menyatakan itulah doa yang kita mohon untuk diberikan oleh ALLAH sebagaimana diberikan kepada orang-orang yang telah diberi nikmat, bukan jalan yang dimurkai mahupun yang sesat.

Resolusi Surah Al-Fatihah:

  • Sentiasa mengucap Alhamdulillah, tanda syukur dan pujian banyak perkara untuk kita terima atau orang lain terima.
  • Berkasih sayang sesama makhluk tanpa membezakan sesiapapun. Inilah ditunjukkan oleh Ar-Rahman Ar-Rahim
  • Ikhlas beribadah memohon pertolongan-Nya (5). “Saya kena ikhlaskan diri walaupun orang lain tidak menghargai, tidak memuji mahupun senyum kepada saya.” Kita berdoa agar semua yang kita lakukan adalah kerana-Mu ya ALLAH. Semoga ALLAH memberi bimbingan kepada kita ke jalan yang lurus hingga ke syurga. Amin.

My #QuranTime 2.0 merupakan program wakaf daripada sumbangan Tabung Gerakan Al-Quran. Sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan boleh ke akaun MAYBANK: 5642 7653 8528 rujukan: Tabung Quran (http://bit.ly/TabungQuran)

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.