KISAH MYQT0012
Emak saya peminat tegar My #QuranTime. Inilah saya ingin kongsikan kepada Ustaz Tarmizi, Ustaz Fazrul dan Ustaz Tirmizi, sebagai pentadabbur dan qari My #QuranTime.
Ibu saya, Hajah Safiah bt Hj Mokhtar yang berusia 88 tahun menyampaikan salam kepada ketiga-tiga ustaz. Emak saya sangat suka rancangan ini. Beliau mula mengikuti siaran ini setiap hari sejak bulan puasa lagi sehingga kini.
Alhamdulillah beliau masih mampu melakukan amal ibadat seperti solat dan mengaji al-Quran, walaupun pendengarannya kurang jelas. Namun emak saya sangat gigih untuk duduk dekat dengan TV dan membuka volume dengan kuat untuk mendengar bacaan Al Quran semasa siaran ini berlangsung.
Lebih mengagumkan apabila melihat kesungguhan emak saya yang bersiap dengan berpakaian cantik dan bertudung untuk duduk di hadapan TV. Pernah abang saya mengusik, “Emak pakai cantik-cantik, bukannya ustaz- ustaz di TV nampak.”
Emak tidak kisah apapun kata-kata usikan anak-anaknya. Seawal jam 11.45 pagi, beliau bersiap sedia untuk mengikuti My #QuranTime. Untuk makluman Ustaz Fazrul, kami orang Tapah, Perak. Kampung kami di Kg Lubuk Katak.
Emak saya menyuruh saya untuk menjemput Ustaz Fazrul ke rumah kamI.
Alhamdulillah. Saya bersyukur dapat menyampaikan pesanan dan menunaikan hajat emak untuk memberi sumbangan wakaf al-Quran untuk ummah dan menyampaikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada ketiga-tiga ustaz My#QuranTime.
Daripada
Puan Rafeah
Puchong
******************************
P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada [email protected] WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.
Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah