DUIT ‘SALAM’ MAK PENGANTIN KE TABUNG WAKAF AL-QURAN

Menjadi “mak pengantin” memang sibuk. Sejak awal lagi dia sudah memikirkan banyak perkara dan merancang untuk menjayakan majlis perkahwinan anaknya.

Begitu juga dengan Hajah Haini Ibrahim, pemilik House of Telekung by Muslimah Collection dari Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau telah merancang untuk menjadikan duit ‘salam’ sebagai sumbangan kepada Tabung Wakaf al-Quran untuk Ummah di majlis perkahwinan anaknya yang keempat, pada 26 September 2020.

Beliau terpanggil untuk menyediakan tabung tersebut sebagai platform para tetamu yang memberi duit ‘salam’ kepada keluarga pengantin untuk berwakaf. Hasil duit salam sebanyak RM2,630 telah pun dimasukkan ke dalam akaun Warisan Ummah Ikhlas Foundation kepada Wakaf al-Quran untuk Ummah pada 30 September 2020.

“Sebelum ini saya pernah memberi sumbangan Wakaf al-Quran untuk Ummah. Tapi kali ini saya membuka tabung tersebut supaya pahala terus mengalir kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan anak saya ini.”

“Kami sediakan dua kotak tabung yang dihasilkan oleh staf butik saya untuk diletakkan di bahagian tetamu lelaki dan tetamu wanita. Saya menjelaskan tujuan tabung tersebut kepada penyambut tetamu agar dapat memaklumkan kepada para hadirin.”

Ibu kepada lima anak ini mendapat maklumbalas positif daripada tetamu yang merupakan kalangan rakan beliau juga. Mereka berasa terharu dengan sumbangan  tersebut, kerana pahala tersebut terus berkembang melalui wakaf al-Quran.

“Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur kerana cadangan tersebut dapat direalisasikan. Namun ada juga tetamu berhajat hendak beri sumbangan kepada saya, tetapi saya tunjukkan kotak tersebut.

“Ada juga yang berminat dengan idea kotak wakaf al-Quran. Seorang daripada mereka bermesej, ‘Perkahwinan yang dimulakan niat yang bagus untuk menyumbang al-Quran. Semoga mendapat keberkatan ALLAH selamanya’.

“Dengan inisiatif tersebut, saya dapat menjiwai berwakaf. Ia amat bagus. Saya bermohon kepada ALLAH semoga amal jariah tersebut diterima.”

 

Hajah Haini (kiri) merupakan peminat tegar My #QuranTime.

Sebelum ini, Hajah Haini pernah dimaklumkan oleh rakan grup ngaji mengenai sumbangan al-Quran wakaf disampaikan kepada pihak surau yang kekurangan al-Quran tetapi mempunyai jemaah yang ramai.

“Dari situ, saya berfikir, tentu pihak pengurusan wakaf al-Quran menyalurkan al-Quran ke tempat-tempat yang memerlukannya, dan bukan beri ikut suka. Itulah menyebabkan saya terpanggil untuk salurkan dana wakaf al-Quran agar berkembang. ”

Beliau menambah, ada kalangan mereka yang tidak tahu untuk sumbangkan ke mana. Mereka yang berpangkat ‘makcik’ tidak pandai menyumbang secara online. Dengan adanya tabung Wakaf al-Quran di majlis perkahwinan ini, ia menjadi platform mereka untuk berwakaf.

“Namun ada juga saudara dan kenalan rapat yang bertegas untuk memberi duit salam kepada saya, dan meletakkan duit lain ke tabung tersebut.”

Haini berkata, pasangan pengantin turut gembira dengan idea bernas ibu mereka untuk menyalurkan duit salam tetamu kepada sumbangan wakaf al-Quran. Nilai al-Quran bagus untuk disumbangkan dan memberi manfaat kepada penyumbang.

Program sejam berinteraksi dengan al-Quran menjadi rancangan kegemaran beliau saya dan menjadi sebati dengan dirinya. Setiap hari beliau berusaha ikuti rancangan tersebut pada jam 12 tengah hari. Jika terlepas pada waktu itu, beliau akan ikuti siaran ulangannya pada 6 pagi.

“Saya kini berusia 68 tahun. Saya berdoa kepada ALLAH, ‘Ya ALLAH, sampaikan aku umurku 70 tahun dan dapat mengikuti My #QuranTime sehingga tamat’. Memandangkan saya menjalankan perniagaan butik telekung, saya perlu meluangkan masa untuk menonton siaran tersebut.

“Perancangan akan datang, saya hendak pasang satu lagi TV di bilik butik saya untuk mudah ikuti siaran tersebut. Waktu tengah hari adalah waktu sibuk. Namun slot My #QuranTime pada pukul 12 tengah hari lebih ‘terkesan’ yang tidak boleh dilepaskan.

“Penyampaian ilmu berpandukan ayat al-Quran melalui My #QuranTime daripada kalangan pentadabbur, qari dan tetamu jemputan sangat bermanfaat. Ia menyentuh kehidupan kita seharian,” katanya.

Perkongsian kisah Puan Haini boleh dijadikan contoh untuk meluaskan amalan infak, sedekah dan wakaf dengan pelbagai cara. Semoga amal jariah beliau dan para penyumbang Wakaf al-Quran untuk Ummah mendapat keberkatan dan rahmat ALLAH SWT. Amin

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.