Doa Kepada semua Pejuang Al-Quran 

RUMAH NGAJI MALAYSIA

Tanpa disedari selepas hampir dua tahun, semua penggerak Rumah Ngaji akhirnya boleh tersenyum kembali. Siapa sangka, sepanjang fasa pandemik ini, banyak penggerak-penggerak Rumah Ngaji yang menghadapi cabaran dan kepayahan yang harus diharungi.

Sebahagiannya ada yang tersungkur dan tidak dapat beroperasi disebabkan masalah atau kekangan yang lumrahnya dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Namun begitu, ada sesetengah penggerak Rumah Ngaji sangat bermotivasi dan mengambil inisiatif untuk ambil tahu dan belajar cara bagaimana untuk menghidupkan kelas masing-masing secara online.

Daripada kurang mahir dengan pengetahuan tentang digital, kini kebanyakkan penggerak-pengerak Rumah Ngaji yang muda atau yang berusia telah mula belajar dan mengadakan kelas-kelas secara online.

Penggunaan Google Meet, Zoom serta lain-lain aplikasi banyak membantu dalam menghidupkan kelas-kelas mengaji online atau majlis-majlis ilmu di Rumah Ngaji masing-masing pada setiap masa.

Ini menunjukkan tiada keterbatasan yang dapat menyekat penyebaran ilmu agama atau al-Quran dalam mendidik masyarakat supaya dapat melahirkan generasi Baca, Faham dan Amal apa yang telah kita pelajari.

Mudah-mudahan apa yang dilakukan oleh semua Penggerak Rumah Ngaji akan mendapat balasan yang setimpalnya daripada Allah SWT.

Doa Kepada semua Pejuang Al-Quran

Ya Allah,

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini akan jalan-Nya yang sebenar. Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahahan tawakkal kepada-Mu.

Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankan permintaan ini
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda semuanya.

Sekitar suasana kelas bersemuka yang telah dijalankan di kalangan penggerak-penggerak Rumah Ngaji.

 

 

 

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.