SFC 31 & 32: CABARAN KELUARGA DIHINA KERANA MISKIN

oleh: AMIRAH AUNI BINTI ALIMAR SHIDI

Kerana miskin, hidup keluarga dihina orang kampung. Inilah yang dilalui oleh Nur Suhada Ibrahim, pemanggil Soul Fitness Clinic Episod 13.

Bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac 2020, ia memberi kesan kepada Nur Suhada. Beliau terpaksa berhenti kerja di kedai makan untuk menjaga anaknya yang sakit asma dan kerap keluar masuk hospital untuk menjalani rawatan susulan.

Beliau juga diuji dengan keadaan ibu, ayah dan ahli keluarga lain yang sakit. Tanggungjawab digalas semakin berat apabila suaminya yang juga OKU akibat kemalanangan 17 tahun lalu terjejas pendapatan sebagai mekanik dan tukang rumah pada musim Covid-19.

“Saya sekeluarga pernah dihalalu dari rumah sewa kerana gagal membacar sewa bulanan. Kini keadaan kami juga tertekan apabila dikelilingi hutang. Setakat ini, kami bergantung kepada elaun OKU suami untuk membeli keperluan keluarga.

“Pada masa sama, saya mencari ikhtiar lain untuk mengambil upah mengemas di rumah jiran. Namun, pekerjaan tersebut terhenti apabila pandemik Covid-19. Saya kini mengusahakan kuih goyang.

“Kebiasaannya, saya menerima banyak tempahan kuih goyang di musim perayaan.  Semenjak musim PKP, sambutan pelanggan berkurangan. Saya giatkan lagi jualan secara dalam talian,” katanya.

ALLAH SWT berfirman: “Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu.” (Surah Ad-Dhuha: 3)

Berdasarkan ayat tersebut, ALLAHS SWT tidak pernah meninggalkan hamba-Nya terutama apabila mereka memerlukan bantuan dan dalam kesusahan. Semakin kita menghadapi ujian dan kesukaran dalam kehidupan, semakin perlu eratlah hubungan kita dengan Tuhan yang Maha Esa.

Orang ramai yang ingin membantu Nur Suhada, boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat 2245610080.

 

DIBERHENTIKAN KERJA KERANA CUTI JAGA ANAK SAKIT

Gara-gara ambil cuti lama untuk jaga anak sakit, ibu tunggal anak dua ini dari Cheras diberhentikan kerja.

Azira Shuhada Abdullah yang bekerja di kedai makan terpaksa mengambil cuti apabila anaknya jatuh tangga dan perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Sejak itu, beliau kehilangan sumber pendapatan untuk menyara keluarganya dan terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya apabila tidak lagi mampu bayar sewa rumah.

Ambil cuti untuk bawa anak bagi mendapatkan rawatan kesihatan. – Gambar hiasan

“Saya menjual kuih dan tauhu bergedil di kawasan rumah namun kurang mendapat sambutan. Saya juga belajar membuat dan menjual kek yang dipelajari daripada ibu saudara untuk mencari sumber pendapatan. Apa yang saya perlukan adalah bantuan modal untuk berniaga dan ilmu perniagaan.

“Disebabkan kesempitan hidup, saya terpaksa menghantar anak sulung kepada bapa saudara saya untuk dijaga.

“Syukur mempunyai ibu saudara dan bapa saudara yang prihatin untuk membantu keluarga saya. Saya harap dapat hidup berdikari dan mampu menyara  kedua-dua anaknya.”

Orang ramai yang ingin membantu Azira Shuhada, boleh salurkan ke akaun CIMB Bank 7624906815.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.