oleh: AMIRAH AUNI BINTI ALIMAR SHIDI
Kerana miskin, hidup keluarga dihina orang kampung. Inilah yang dilalui oleh Nur Suhada Ibrahim, pemanggil Soul Fitness Clinic Episod 13.
Bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac 2020, ia memberi kesan kepada Nur Suhada. Beliau terpaksa berhenti kerja di kedai makan untuk menjaga anaknya yang sakit asma dan kerap keluar masuk hospital untuk menjalani rawatan susulan.
Beliau juga diuji dengan keadaan ibu, ayah dan ahli keluarga lain yang sakit. Tanggungjawab digalas semakin berat apabila suaminya yang juga OKU akibat kemalanangan 17 tahun lalu terjejas pendapatan sebagai mekanik dan tukang rumah pada musim Covid-19.
“Saya sekeluarga pernah dihalalu dari rumah sewa kerana gagal membacar sewa bulanan. Kini keadaan kami juga tertekan apabila dikelilingi hutang. Setakat ini, kami bergantung kepada elaun OKU suami untuk membeli keperluan keluarga.
“Pada masa sama, saya mencari ikhtiar lain untuk mengambil upah mengemas di rumah jiran. Namun, pekerjaan tersebut terhenti apabila pandemik Covid-19. Saya kini mengusahakan kuih goyang.
“Kebiasaannya, saya menerima banyak tempahan kuih goyang di musim perayaan. Semenjak musim PKP, sambutan pelanggan berkurangan. Saya giatkan lagi jualan secara dalam talian,” katanya.
ALLAH SWT berfirman: “Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu.” (Surah Ad-Dhuha: 3)
Berdasarkan ayat tersebut, ALLAHS SWT tidak pernah meninggalkan hamba-Nya terutama apabila mereka memerlukan bantuan dan dalam kesusahan. Semakin kita menghadapi ujian dan kesukaran dalam kehidupan, semakin perlu eratlah hubungan kita dengan Tuhan yang Maha Esa.
Orang ramai yang ingin membantu Nur Suhada, boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat 2245610080.
DIBERHENTIKAN KERJA KERANA CUTI JAGA ANAK SAKIT
Gara-gara ambil cuti lama untuk jaga anak sakit, ibu tunggal anak dua ini dari Cheras diberhentikan kerja.
Azira Shuhada Abdullah yang bekerja di kedai makan terpaksa mengambil cuti apabila anaknya jatuh tangga dan perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
Sejak itu, beliau kehilangan sumber pendapatan untuk menyara keluarganya dan terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya apabila tidak lagi mampu bayar sewa rumah.
“Saya menjual kuih dan tauhu bergedil di kawasan rumah namun kurang mendapat sambutan. Saya juga belajar membuat dan menjual kek yang dipelajari daripada ibu saudara untuk mencari sumber pendapatan. Apa yang saya perlukan adalah bantuan modal untuk berniaga dan ilmu perniagaan.
“Disebabkan kesempitan hidup, saya terpaksa menghantar anak sulung kepada bapa saudara saya untuk dijaga.
“Syukur mempunyai ibu saudara dan bapa saudara yang prihatin untuk membantu keluarga saya. Saya harap dapat hidup berdikari dan mampu menyara kedua-dua anaknya.”
Orang ramai yang ingin membantu Azira Shuhada, boleh salurkan ke akaun CIMB Bank 7624906815.