BISNES KERANA ALLAH SWT: NIAT BANTU ORANG, BAYAR ZAKAT

“Kita hidup di atas dunia, apa yang ada bukan hak kita tapi hak ALLAH. Kita hanya mengurus sahaja. Jadi kita ikhlas dan jujur untuk membantu,” kata Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, Faiza Bawumi Sayed Ahmad, 77, ketika bertemu di pejabatnya, Subang Jaya, Selangor, pada 9 September lalu.

Beliau merupakan ikon usahanita berjaya dalam bidang produk makanan berjenama Faiza, termasuk pelbagai jenis beras, ketupat, mi, tepung garam, rempah, kicap, kunyit, rempah kari, rempah ikan dan tepung.

Anak kelahiran Kaherah, Mesir ini berkata beliau niatkan bekerja kerana ALLAH SWT untuk membantu orang lain dan membayar zakat paling banyak. Oleh itu, beliau memilih perniagaan yang halal supaya orang boleh makan benda yang bersih. Beliau yakin jika ada niat baik, ALLAH memberi yang baik dan memudahkan segala urusan.

Faiza merealisasikan hasrat untuk membantu golongan orang yang memerlukan dengan menjadi penaja Bersamamu TV3 sejak 16 tahun lalu. Beliau bersyukur ada kalangan anak asnaf yang dibantu telah berjaya menyambung pelajaran ke universiti dan menjadi tahfiz.

Faiza memberi sumbangan bukan untuk bermegah, tetapi membantu orang yang memerlukan.

“Pengalaman Bersamamu mengajar saya, jika kita rasa susah, ada orang lebih susah. Saya memberi sumbangan bukan untuk bermegah atau menunjuk tetapi diharapkan menjadi inspirasi kepada orang lain untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Jika kita ada kemampuan, bantu mereka yang kurang berkemampuan. Jika kita sihat, bantu orang yang kurang sihat. Ada pelbagai cara kita boleh buat untuk membantu. Semua makhluk ALLAH mendapat rahmat ALLAH.

“Alhamdulillah, kita menjadi orang Islam. Kita boleh bantu doakan untuk rakan yang bukan Islam semoga diberi hidayah oleh ALLAH SWT. Hidayah itu bukan milik kita, tapi milik ALLAH.”

Menyelusuri latar belakang kehidupan wanita berpengaruh ini, beliau bertemu jodoh seawal usia 16 tahun dengan pelajar Malaysia di Mesir, Allahyarham Abu Bakar Ahmad. Pada 1964, beliau berhijrah mengikuti suaminya dan anak sulung, Dr Salwa, 4, kembali ke tanah air dan tinggal di Batu Pahat, Johor.

Walaupun suami Faiza bekerja sebagai kadi sehingga menjadi hakim mahkamah syariah, namun beliau tidak betah duduk diam di rumah. Selain memasak, beliau suka menjahit dan berniaga dari memandu kereta, van hinggalah lori 1 tan.

“Berbekalkan diploma dalam sulam-menyulam dan modal RM4, beliau menjahit dan menjual sarung bantal. Saya juga menjual rempah cap Bunga Raya buatan sendiri pada 1968. Berniaga perlu mula dari bawah. Jika terus naik, kita tidak tahu kesusahan dan masalah orang bekerja. Mudah kena tipu. Bukan senang dan senang.

“Arwah suami membenarkan saya berniaga dengan syarat jaga suami, anak, kehormatan diri dan keluarga. Dia yakin saya boleh berniaga. Oleh itu saya perlu bijak mengatur masa agar semua kerja di rumah dapat diselesaikan.

“Saya selalu tidur jam 10 malam dan bangun 3.30 pagi. Saya masak dan bawa bekal untuk keluar bekerja. Ke mana pun pergi, saya berhenti untuk solat berjemaah di surau. Dalam kehidupan kita, solat dan al-Quran jangan tinggal.”

Beliau menambah, al-Quran mesti ada di setiap rumah. Ia bukan untuk disimpan tetapi untuk dibaca. Jangan biarkan al-Quran berhabuk dan hanya baca pada bulan Ramadan. Amalkan membaca al-Quran walaupun sedikit secara konsisten setiap hari pada waktu Subuh.

“Saya juga mengamalkan bacaan Surah Al-Kahf pada Jumaat, Surah Al-Mulk sebelum tidur dan Surah Al-Waqiah selepas Asar. Selepas solat, bermohon kepada ALLAH untuk diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat, tetapkan iman dan mati dalam husnul khatimah.

“Membaca al-Quran menjadi mudah jika dapat menghayati dan dibaca dengan betul. Kita juga perlu bersabar atas apa segala ujian. Bagi saya, semua ayat al-Quran dekat di hati kerana setiap masalah ada jawapannya.

“Sewaktu arwah suami masih ada, saya mengikut ke mana sahaja dia berceramah, seperti belangkas. Saya bekerja siang. Selepas Maghrib, saya hantar anak ke tempat tuisyen dan ikut suami,” kata wanita yang mempunyai 7 anak, 34 cucu dan 9 cicit ini.

Faiza memberi sokongan terhadap kempen My Family #QuranHour, #savingfamilies.

Faiza dinobatkan sebagai Tokoh Maulidurasul Peringkat Kebangsaan 2010/1431H atas kejayaan membina empayar syarikat beras terkemuka di tanah air. Syarikat Faiza mendapat pelbagai pengiktirafan termasuk anugerah Pembekal Beras Terbaik BERNAS pada Julai 2001.

Bermula dengan bisnes rempah ratus dari dapur, kemudian membuka kedai runcit di rumah pada 1971, beliau menghantar beras di seluruh Johor bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Dahulu berniaga untuk mendapatkan beras susah. Pada 1980, saya memohon lesen untuk jadi pembekal di Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Alhamdulillah. Saya mendapat lesen pada 1988.

“Saya bukan pandai dan tiada kelulusan tinggi tapi ALLAH Maha Berkuasa. Apabila ada perniagaan tersebut, saya boleh membantu anak yang belajar di luar negara supaya boleh bekerja sendiri kerana tidak mahu bergantung kepada subdisi.

“Jika ditanya cabaran berniaga, saya pernah diuji anak lelaki jatuh sakit dan dimasukkan hospital selama sebulan. Pada masa itu, perniagaan saya jatuh apabila ada pekerja ‘mengambil’ pelanggan saya untuk buat bisnes yang sama ketika ketiadaan saya.

“Selepas itu, saya mengambil inisiatif pergi bersama pemandu dan anak lelaki pergi ke seluruh Johor untuk memberitahu perkara sebenar kepada pelanggan. Alhamdulillah, perniagaan saya kembali naik dengan bantuan ALLAH.”

Kisah pengalaman beliau menjadi usahanita diabadikan dalam buku bertajuk, “Bermula dengan RM4”, yang ditulis oleh anak sulungnya, Dr Salwa. Buku tersebut yang dijangkakan dipasarkan pada akhir tahun ini, bertujuan untuk memberi inspirasi kepada golongan wanita yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan.

Perkongsian Faiza boleh menjadi contoh kepada golongan wanita yang berusaha mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW bersabda: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” (Riwayat Abu Daud)

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.