BERTAMU DI CHERENGIN HILLS CONVENTION & SPA RESORT, JANDA BAIK

Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang menjadi lokasi pilihan bagi Retreat Rumah Ngaji 1443H/2022 anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada  27 hingga 29 Mei 2022.

Bertempat di atas bukit yang menghijau, ia menawarkan pemandangan alam semula jadi yang indah seluas mata memandang. Dengan segala kemudahan disediakan termasuk tempat penginapan, bilik mesyuarat, kafe dan kolam renang, ia boleh dijadikan lokasi pilihan kepada orang ramai untuk bercuti,  penganjur program dan perhimpunan keluarga.

Suasana yang jauh daripada hiruk-pikuk kesesakan bandar, memberi keselesaan kepada peserta program untuk menganjurkan akiviti di dalam dan luar bangunan di situ. Antara aktiviti dijalankan adalah Rahsia Cemerlang Hidup (RICH) ada pukul 4.30 pagi dan Tafakur Alam, selepas solat Subuh mengamit hati untuk tunduk dan patuh kepada ALLAH Maha Pencipta.

Peserta Retreat Rumah Ngaji sertai sesi tafakur alam di tanah lapang Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik

Di kawasan persekitaran Janda Baik, banyak resort dibuka kepada orang ramai untuk menikmati sumber alam termasuk sungai. Ini menjadikan lokasi tersebut popular untuk dikunjungi di hujung minggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Cherengin Hills, Mohd Fauzi Abd Latif berkata, niat beliau membuka Cherengin Hills sebagai tempat menghimpunkan keluarga dan saudara mara dan kompleks pelancongan untuk menimba ilmu.

Anak jati Janda Baik ini merupakan bekas peguam. Beliau mengambil langkah berani untuk menerokai bidang perhotelan selepas membeli tanah lelong milik keluarga terdekat pada 2000.

Mohd Fauzi Abd Latif

“Untuk mengendalikan bisnes perhotelan yang bukan bidang saya, bukan mudah. Dalam tempoh lima tahun pertama, baharu saya mendapat kelulusan untuk membuat jalan di tanah rezab untuk naik ke atas bukit.

“Bermula 2007, saya mengambil pekerja untuk menjalankan perniagaan perhotelan. Sejak itu perniagaan semakin mendapat sambutan sehingga 2018. Sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Covid-19 pada 2020, keadaan bisnes perhotelan merundum apabila ditutup kepada orang ramai.

“Kini Cherengin Hills kembali beroperasi seperti biasa dengan dibantu oleh 30 staf berbanding 80 orang sebelum ini. Hanya 30 peratus perniagaan kembali pulih. Di sini kita berkongsi rezeki dengan staf yang mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarga.

Sesuai untuk dijadikan lokasi berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara, tempat pengajian dan kursus di Cherengin Hills Convention & Spa Resort.

 

“Oleh itu saya sangat mengalu-alukan kedatangan orang ramai atau mana-mana pihak untuk menggunakan fasiliti di sini agar perniagaan tersebut terus bertahan.”

Selain bisnes hotel, Mohd Fauzi membuka kafe di atas bukit. Namun kafe ditutup kerana tidak operator untuk mengendalikan perniagan tersebut. Beliau juga mengusahakan tanaman durian musang king, kolam ikan, membela rusa, kambing biri-biri, itik dan ayam.

Hasil tanaman dan ternakan tersebut menjadi bekalan untuk dihantar ke dapur hotel. Namun akibat kekurangan pekerja dek pandemik Covid-16, kini tanaman dan ternakan tidak dapat dihasilkan.

“Bagi saya yang menjadi tulang belakang dan keyakinan diri adalah ALLAH SWT. Saya hanya berserah kepada ALLAH Taala. Namun saya percaya dengan kerja, usaha yang kuat dan banyakkan berdoa, ALLAH akan bantu.

“Saya rasa lebih gembira jika dapat menjadikan hotel ini sebagai tempat pembelajaran al-Quran atas nama Pusat Persediaan Ke Alam Barzakh.

Peserta Retreat Rumah Ngaji mengadakan perbincangan secara berkumpulan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik

“Apapun saya percaya dengan semua ketentuan ALLAH dan bertawakal dengan-Nya. Ramai orang kata kita hebat, tetapi tidaklah sehebat manapun. Orang tidak tahu kesusahan yang kita lalui, tetapi kita ada ALLAH.

“Ibu saya selalu berdoa dan berpesan, selagi boleh tahan, bertahanlah. Saya bukan mencari rezeki untuk diri sendiri, tetapi bersama ramai pekerja untuk sara ibu bapa, dan keluarga,” katanya.

Cherengin Hills menjadi ikon Janda Baik untuk menikmati kedamaian dan ketenangan di atas bukit. Orang ramai yang ingin berkunjung ke Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, boleh layari https://www.cherenginhills.com/

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.