RINDUKAN SUARA ARWAH IBU NGAJI SETIAP HARI, JADI ASBAB BERSAHABAT DENGAN AL-QURAN

Panik dan resah jiwa seharian bila tidak dapat menonton semula My #QuranTime di YouTube. Rasa tidak keruan bila terlepas satu episod. Begitulah keadaan yang dialami oleh peminat My #QuranTime, Rosniza Abdu, 48, dari Melaka.

Pada awalnya, beliau menghubungi pihak Yayasan Warisan Ummah (WUIF) untuk memastikan nama bank dan nombor akaun untuk menginfak kepada Tabung Gerakan Al-Quran.

Berbual lebih lanjut, lalu tercurah perasaan kurang puas hati beliau apabila My #QuranTime yang biasa dapat ditonton YouTube kini tidak diboleh diakses.

Pihak WUIF menerima masalah teknikal yang berlaku di platform tersebut sejak 13 Mei 2023 dan sehingga kini (19 Mei 2023) masih dalam proses membaikpulihnya oleh pihak IT. Orang ramai disarankan untuk menonton semua episode My #QuranTime di Dailymotion.

My #QuranTime bersiaran setiap hari mendapat tempat di hati penonton di seluruh tanah air.

Rosniza telah mengikuti program My #QuranTime sepenuhnya sejak episod awal pada 2020. Ketika itu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Covid-19. Jadi beliau boleh menumpukan masa sejam setiap hari untuk mengikuti pembelajaran al-Quran secara bertadabbur.

“Sebenarnya saya mula disiplinkan diri bersahabat dengan al-Quran sejak berusia 22 tahun. Titik mula saya bersama al-Quran apabila terlalu rindukan arwah ibu saya yang selalu mengalunkan bacaan al-Quran setiap hari tika saya masih kecil.  Rasa kehilangan besar apabila tidak lagi mendengar suara ibu mengaji. Selepas ibu meninggal dunia ketika berusia 12 tahun, saya sangat terasa kehilangannya.

Apabila meningkat usia pada 22 tahun, asbab ajakan rakan sekerja, saya dapat mengikuti kelas tajwid di Darul Quran secara sambilan selama setahun setengah untuk memperbaiki bacaan al-Quran. Ketika itu, saya dapat khatam al-Quran sebanyak empat kali. Alhamdulillah.

Perasaan ingin belajar al-Quran sentiasa berkobar-kobar. Saya mula mencari al-Quran yang ada terjemahan pada 2013. Pada masa sama, saya muat naik aplikasi al-Quran dalam telefon bimbit.  Ia memudahkan untuk saya membaca terjemahan sambil menunggu anak balik sekolah.

Sentiasa berusaha untuk bersahabat dengan al-Quran – Gambar hiasan

Saya sempat khatam bersama terjemahan melalui telefon pintar dua kali dan khatam al-Quran terjemahan lima kali. Alhamdulillah, semuanya dengan izin ALLAH SWT.

Dalam diri saya, apa jua tentang al-Quran saya takut untuk menzahirkannya. Saya takut “hangat-hangat tahi ayam”.  Oleh itu, saya hanya berbisik dalam hati saja tentang apa yang saya mahukan untuk al-Quran. Namun ALLAH SWT Maha Mendengar.

Pada 2019, ajakan daripada seorang sahabat yang mengajak saya untuk menghafal Surah Al-Mulk selama sebulan. Rasa seronok sangat, namun saya tidak nafikan memang sukar untuk istiqamah dalam menghafal. Saya masih berusaha untuk menghafal dan ingat.  Tidak cukup di situ, saya cuba melazimi berapa surah dalam al-quran. Alhamdulillah, ALLAH izinkan.

Saya sudah tidak mengira selepas khatam banyak kali. Kini, saya teruskan membaca baca al-Quran dan bersyukur kerana dapat nikmat membaca.

USAHA DEKATI ALLAH SWT

Sikap saya suka cabar diri untuk memahami isi kandung al-Quran. Saya berbisik lagi kepada ALLAH SWT.  Akhirnya, saya tersenyum gembira apabila My #QuranTime 1.0 disiarkan. Maha Hebatnya ALLAH SWT menunjukkan jalan-Nya. Saya serta rakyat Malaysia berpeluang mengikuti My #QuranTime 1.0 dengan pendekatan tadabbur. Ia membuat saya rasa teruja untuk belajar dan memahami al-Quran dengan lebih baik. Saya bermotivasi dengan sebuah hadis mengenai ALLAH dekat dengan kita apabila kita berusaha kepada-Nya.

Daripada Anas bin Malik dan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW Saya teringat sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “ALLAH SWT berfirman: Aku tergantung persangkaan hamba kepadaKu. Aku bersamanya kalau dia mengingat-Ku. Kalau dia mengingatku pada dirinya, maka Aku mengingatnya pada diri-Ku. Kalau dia mengingat-Ku di keramaian, maka Aku akan mengingatnya di keramaian yang lebih baik daripada mereka. Kalau dia mendekat sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Kalau dia mendekat kepada diri-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau dia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

My #QuranTime 2.0 memberi kupasan lebih mendalam termasuk ilmu tajwid. Ini membuatkan kefahaman saya lebih jelas dan penghayatan yang lebih mendalam. Saya amat bersyukur ALLAH SWT memberikan kemampuan untuk saya membaca dengan jelas.

Impak berdamping dengan al-Quran, pergantungan saya hanya kepada ALLAH SWT.  Apa jua ujian yang menimpa, saya tahu ALLAH yang beri kekuatan kepada saya. Saya tiada punya apa-apa. Semua nikmat dan kurniaan ALLAH hanya pinjaman.

ALLAH fahamkan saya tentang hidup dan apa yang perlu saya lakukan agar kehidupan diredai ALLAH. Saya sangat bersyukur kerana semua ada dalam al-Quran. Sehinggakan perkara baik yang terlintas di fikiran saya, ALLAH menterjemahkan dengan cepat. Hati saya menangis tanda gembira kerana betapa baiknya ALLAH kepada saya.  Semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah.

Walaupun saya ini pendosa dan seringkali leka.  Saya sentiasa berpesan kepada diri agar sentiasa mempertingkatkan diri menjadi lebih baik. Al-Quran dan Sunnah menjadi panduan bagi umat akhir zaman. Semoga ALLAH SWT tetapkan hati saya untuk terus taat kepada-Nya.

Saya masih dahagakan ilmu. Apa yang saya dapat ilmu masih sedikit. Saya faham dan akur dengan ALLAH yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Jadi, saya tidak perlu mendabik dada dengan apa yang ada. Bahkan saya takut dengan ancaman ALLAH.

Benar kata Pentadabbur My #QuranTime, Tuan Fazrul Ismail, “Makin banyak ilmu yang kita pelajari,, makin rasa sikit yang kita tahu.  Ini kerana ilmu ALLAH SWT sangat luas.”

ALLAH SWT berfirman: “Katakanlah (Muhammad), “Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).” (Surah Al-Kahf: 109)

Saya juga titipkan nota dan link My #QuranTime kepada tiga anak saya untuk ikuti bersama. Saya juga mengajak anak dan suami untuk bersama mengulangkaji dan memperbaiki bacaan al-Quran dari masa ke masa. Alhamdulillah, saya rasa bahagia bersahabat dengan al-Quran. Saya berdoa dan berharap ia membawa saya dan keluarga ke syurga. Saya juga berdoa agar keturunan saya menjadi pencinta AlQuran & taat pada Allah SWT.

“Akhir kata moga saya dipanjangkan umur dan sihat utk khatam taddabur bersama MY #QURANTIME 2.0. Amin.”

Semoga perkongsian Rosniza menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat untuk mendekati al-Quran. Tak kenal maka tak cinta. Tapi bermulalah saat ini untuk kita “bersahabat dengan al-Quran”. Bismillah.

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.