Oleh: MARAWATY BT ABDUL HARIS
Seorang ibu tunggal tidak menyangka pandemik Covid 19 ini benar-benar menguris hatinya sebagai isteri dan ibu kepada seorang anak yang berusia 14 tahun.
Siapa sangka selama ini, beliau yang mempunyai pekerjaan stabil diuji apabila syarikat pembinaannya terpaksa memberhentikan beberapa pekerja termasuk dirinya. Keadaan tersebut membuat dia rasa terduduk.
“Saya telah diberhentikan kerja pada awal April lalu, di penghujung Ramadan. Saya reda dengan apa yang ditakdirkan oleh ALLAH SWT. Sebelum ini, saya diuji dengan perpisahan dengan suami pada September tahun lepas, selepas berbelas tahun mendirikan rumahtangga.
“Tidak mahu berdiam diri, saya cuba bangkit untuk memulakan hidup baru. Saya terus mencari dan memohon pekerjaan tanpa henti. Namun usaha tersebut seakan sia-sia apabila tiada pengambilan pekerja ketika pandemik Covid 19.
“Hilang rasa malu dan sanggup merendahkan diri untuk mencari pekerjaan di kedai-kedai makan. Simpanan yang ada hanya cukup makan. Saya sangat memerlukan kewangan bagi membayar sewa rumah yang tertunggak dan perbelanjaan anak saya,” katanya
“Saya sedar ujian yang ALLAH SWT berikan ini adalah memberi peringatan pada saya untuk jadi lebih baik. Sebelum ini, saya alpa dalam beribadah. Semenjak Perlaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP), saya mulai solat dan banyak berdoa kepada ALLAH.
“Sebelum ini, saya pernah rasa hendak bunuh diri akibat tekanan. Namun atas sokongan dan nasihat keluarga, saya memperbaikilah diri dengan mendekatkan diri dengan ALLAH SWT. Apa jua ujian mendatang, ALLAH SWT selalu ada dengan kita,” katanya.
Sesiapa yang ingin memberi sumbangan, boleh salurkan bantuan kepada Suriati Sulaiman ke akaun Maybank 164801105806.