SFC 18 & 19 : BAWA ANAK TUMPANG MAKAN DI RUMAH EMAK

Oleh: Siti Hajar Hidayati Hamid

“Jika di rumah saya tiada makanan, saya bawa anak-anak ke rumah emak untuk menumpang makan,” kata ibu kepada lima anak dari Terengganu.

Farah Idayu Ibrhaim yang pernah berniaga kecil-kecilan terpaksa berhenti disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ditambah suami beliau sebagai pemandu lori terpaksa kuarantin kerana di tempat kerjanya ada yang dijangkiti Covid-19.

“Saya berhasrat untuk berniaga semula bagi membantu keluarga jika dapat modal.  Namun keutamaan saya adalah keperluan makanan asasi untuk kelangsungan hidup. Hasrat saya adalah melakukan dan menyediakan yang terbaik untuk suami dan anak-anak serta keluarga,” katanya.

Orang ramai boleh salurkan bantuan kepada Farah Idayu, ke akaun Bank Simpanan Nasional 1199541100109489

Program Soul Fitness Clinic anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama Sinar Harian dan Akademi Sinergi Ikhlas membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dari sokongan kerohanian berpandukan al-Quran dan hadis dan bantun wang RM200, hasil sumbangan orang ramai melalui Tabung Gerakan Al-Quran.

BISNES JATUH KETIKA MUSIM PKP

Ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai sumber pendapatan peniaga kecil terjejas termasuk penjaja ayam madu, Muhammad Hafiz Haikal Yahya, 29, dari Tumpat, Kelantan. Beliau berkongsi cerita dalam program Soul Fitness Clinic yang bersiaran secara dalam talian pada 6 September 2021.

“Sejak 18 Mac tahun 2020, saya langsung tidak boleh berniaga. Ini mengakibatkan tunggakan rumah sewa berbulan-bulan lamanya. Saya juga diuji dengan isteri saya yang sedang sakit.

“Bazar Ramadan juga tidak dapat dibuka menyebabkan terus terputus punca pendapatan. Sebelum ini saya berniaga ayam madu di tepi jalan tetapi sekarang tidak lagi dapat berniaga seperti biasa.”

Belia telah menggunakan semua wang simpaann untuk menampung perbelanjaan harian. Syukur ada bantuan makanan asasi kepada golongan yang terkesan seperti dirinya yang sedang dalam kesempitan dan kesusahan.

“Keperluan saya sekarang adalah kewangan untuk membayar hutang dan sebagai modal untuk perniagaan. Impian saya juga untuk memiliki rumah sendiri,” ujarnya.

Orang ramai boleh memberi sumbangan, boleh salurkan bantuan kepada Muhammad Hafiz HaikaL ke akaun Bank Islam 03148020094161

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.