Oleh: Siti Hajar Hidayati Hamid
“Jika di rumah saya tiada makanan, saya bawa anak-anak ke rumah emak untuk menumpang makan,” kata ibu kepada lima anak dari Terengganu.
Farah Idayu Ibrhaim yang pernah berniaga kecil-kecilan terpaksa berhenti disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ditambah suami beliau sebagai pemandu lori terpaksa kuarantin kerana di tempat kerjanya ada yang dijangkiti Covid-19.
“Saya berhasrat untuk berniaga semula bagi membantu keluarga jika dapat modal. Namun keutamaan saya adalah keperluan makanan asasi untuk kelangsungan hidup. Hasrat saya adalah melakukan dan menyediakan yang terbaik untuk suami dan anak-anak serta keluarga,” katanya.
Orang ramai boleh salurkan bantuan kepada Farah Idayu, ke akaun Bank Simpanan Nasional 1199541100109489
BISNES JATUH KETIKA MUSIM PKP
Ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai sumber pendapatan peniaga kecil terjejas termasuk penjaja ayam madu, Muhammad Hafiz Haikal Yahya, 29, dari Tumpat, Kelantan. Beliau berkongsi cerita dalam program Soul Fitness Clinic yang bersiaran secara dalam talian pada 6 September 2021.
“Sejak 18 Mac tahun 2020, saya langsung tidak boleh berniaga. Ini mengakibatkan tunggakan rumah sewa berbulan-bulan lamanya. Saya juga diuji dengan isteri saya yang sedang sakit.
“Bazar Ramadan juga tidak dapat dibuka menyebabkan terus terputus punca pendapatan. Sebelum ini saya berniaga ayam madu di tepi jalan tetapi sekarang tidak lagi dapat berniaga seperti biasa.”
Belia telah menggunakan semua wang simpaann untuk menampung perbelanjaan harian. Syukur ada bantuan makanan asasi kepada golongan yang terkesan seperti dirinya yang sedang dalam kesempitan dan kesusahan.
“Keperluan saya sekarang adalah kewangan untuk membayar hutang dan sebagai modal untuk perniagaan. Impian saya juga untuk memiliki rumah sendiri,” ujarnya.
Orang ramai boleh memberi sumbangan, boleh salurkan bantuan kepada Muhammad Hafiz HaikaL ke akaun Bank Islam 03148020094161