SFC 4 & 5: ISTERI BANGKIT DEMI KELANSUNGAN HIDUP KELUARGA

Oleh: MARAWATY ABDUL HARIS

Ramai terkesan akibat Covid-19 yang melanda di seluruh dunia, termasuk negara ini. Begitu juga dengan Norfadillah Mahmud, pengusaha kecil dari Machang, Kelantan menjual pucuk paku dan benih pokok sebagai sumber pendapatannya.

Beliau yang mempunyai suami kurang upaya gigih mencari rezeki bagi mencari sesuai nasi. Ia ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

“Saya menjadi tulang belakang bagi suami saya semenjak dia tidak bekerja. Saya mencuba pelbagai cara dalam mencari pendapatan keluarga. Saya pernah menjual kuih, menjual sate dan lain-lain.

“Di suatu hari, saya melayari media sosial dan nampak penjualan pucuk paku.  Ia memberi inspirasi untuk mencuba menjualnya. Walaupun keuntungannya tidak seberapa, namun saya terus mempromosikan di semua grup untuk menaikkan jualan.

“Saya hanya mampu menjual sayur tersebut di sekitar kawasan tempat tinggal saya. Tambahan pula, saya perlu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Alhamdulilah, jualan saya mendapat sambutan mengalakkan dan cukup untuk perbelanjaan kami sahaja.”

Menurut Norfadillah yang berkongsi kisah di program Soul Fitness Clinic pada 30 Julai 2021, kehidupan beliau sekeluarga menjadi tanggungjawabnya selepas suaminya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan teruk di lutut.

Sepanjang suami mendapatkan rawatan di hospital, beliau perlu berikhtiar untuk bekerja. Antaranya, beliau mengambil pokok herba di hutan bagi permintaan pelanggan.

“Cabaran mencari rezeki di hutan sangat berisiko terhadap keselamatan diri saya. Namun mengenangkan empat anak yang perlu perut diisi, saya jadi bersemangat.

“Saya sangat berharap agar ada pihak yang sudi bantu baiki nurseri saya yang sudah runtuh. Mini nurseri ini sangat bermakna pada saya untuk menanam pokok herba dan pokok bunga.

“Ia boleh menjadi sumber pendapatan keluarga saya. Dengan sedikit sumbangan yang diterima daripada Soul Fitness Clinic, nurseri tersebut dapat dibaiki dan menambahkan jumlah tanaman.

Orang ramai yang ingin membantu Norfadillah, boleh salurkan sumbangan ke ke akaun Maybank 101142064981.

 

SFC 5: BERSYUKUR DENGAN UJIAN YANG DIBERIKAN

Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 bagi mengekang pandemik Covid-19 pada Mac 2020, Rozlaili Muhammad Rafii dan suaminya dari Shah Alam, diduga dengan kehilangan pekerjaan.

“Sebelum itu, kami tidak terasa beban apabila gaji kami berdua dipotong disebabkan kekangan kewangan syarikat. Setelah kami diberhentikan kerja, ia bagaikan hilang punca.

“Namun saya bersyukur dengan kemahiran membuat roti dan kek, ia dapat menampung keperluan keluarga walaupun tidak semewah seperti dahulu. Ia bermula dengan mendapat tempahan badan bukan kerajaan (NGO) untuk kumpulan barisah hadapan.

“Apabila saya semakin rancak membuat produk makanan tersebut, jari-jemari pula sering berasa kebas. Saya telah buat pemeriksaan kesihatan namun saya tidak terlalu memikirkannya”.

“Alhamdulilah, saya bersyukur atas kurniaan rezeki ALLAH. Sejak Fasa ke 2, permintaan produk makanan saya semakin bertambah. Namun doktor menasihatkan saya untuk berehat dan perlu jalani pembedahan yang melibatkan kos RM8,000.”

Beliau yang merupakan pemanggil Soul Fitness Clinic pada 4 Ogos 2021 hanya berharap orang ramai mendoakan agar beliau sekeluarga dilimpahi rezeki dan mampu membeli mesin pengadun roti berharga RM1,600 bagi memudahkan proses  pembuatanya.

“Saya sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT, agar segala yang diusahakan dapat menampung keperluan keluarga, dan tidak hanya mengharapkan orang lain,” katanya.

Orang ramai boleh memberi sumbangan kepada Rozlaili melalui akaun Maybank 164360563014.

Program Soul Fitness Clinic anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama Sinar Harian dan Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut mengenai program Soul Fitness Clinic, sila layari https://www.facebook.com/BySoulFitness

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.