Oleh: MARAWATY ABDUL HARIS
Ramai terkesan akibat Covid-19 yang melanda di seluruh dunia, termasuk negara ini. Begitu juga dengan Norfadillah Mahmud, pengusaha kecil dari Machang, Kelantan menjual pucuk paku dan benih pokok sebagai sumber pendapatannya.
Beliau yang mempunyai suami kurang upaya gigih mencari rezeki bagi mencari sesuai nasi. Ia ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
“Saya menjadi tulang belakang bagi suami saya semenjak dia tidak bekerja. Saya mencuba pelbagai cara dalam mencari pendapatan keluarga. Saya pernah menjual kuih, menjual sate dan lain-lain.
“Di suatu hari, saya melayari media sosial dan nampak penjualan pucuk paku. Ia memberi inspirasi untuk mencuba menjualnya. Walaupun keuntungannya tidak seberapa, namun saya terus mempromosikan di semua grup untuk menaikkan jualan.
“Saya hanya mampu menjual sayur tersebut di sekitar kawasan tempat tinggal saya. Tambahan pula, saya perlu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Alhamdulilah, jualan saya mendapat sambutan mengalakkan dan cukup untuk perbelanjaan kami sahaja.”
Menurut Norfadillah yang berkongsi kisah di program Soul Fitness Clinic pada 30 Julai 2021, kehidupan beliau sekeluarga menjadi tanggungjawabnya selepas suaminya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan teruk di lutut.
Sepanjang suami mendapatkan rawatan di hospital, beliau perlu berikhtiar untuk bekerja. Antaranya, beliau mengambil pokok herba di hutan bagi permintaan pelanggan.
“Cabaran mencari rezeki di hutan sangat berisiko terhadap keselamatan diri saya. Namun mengenangkan empat anak yang perlu perut diisi, saya jadi bersemangat.
“Saya sangat berharap agar ada pihak yang sudi bantu baiki nurseri saya yang sudah runtuh. Mini nurseri ini sangat bermakna pada saya untuk menanam pokok herba dan pokok bunga.
“Ia boleh menjadi sumber pendapatan keluarga saya. Dengan sedikit sumbangan yang diterima daripada Soul Fitness Clinic, nurseri tersebut dapat dibaiki dan menambahkan jumlah tanaman.
Orang ramai yang ingin membantu Norfadillah, boleh salurkan sumbangan ke ke akaun Maybank 101142064981.
SFC 5: BERSYUKUR DENGAN UJIAN YANG DIBERIKAN
Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 bagi mengekang pandemik Covid-19 pada Mac 2020, Rozlaili Muhammad Rafii dan suaminya dari Shah Alam, diduga dengan kehilangan pekerjaan.
“Sebelum itu, kami tidak terasa beban apabila gaji kami berdua dipotong disebabkan kekangan kewangan syarikat. Setelah kami diberhentikan kerja, ia bagaikan hilang punca.
“Namun saya bersyukur dengan kemahiran membuat roti dan kek, ia dapat menampung keperluan keluarga walaupun tidak semewah seperti dahulu. Ia bermula dengan mendapat tempahan badan bukan kerajaan (NGO) untuk kumpulan barisah hadapan.
“Apabila saya semakin rancak membuat produk makanan tersebut, jari-jemari pula sering berasa kebas. Saya telah buat pemeriksaan kesihatan namun saya tidak terlalu memikirkannya”.
“Alhamdulilah, saya bersyukur atas kurniaan rezeki ALLAH. Sejak Fasa ke 2, permintaan produk makanan saya semakin bertambah. Namun doktor menasihatkan saya untuk berehat dan perlu jalani pembedahan yang melibatkan kos RM8,000.”
Beliau yang merupakan pemanggil Soul Fitness Clinic pada 4 Ogos 2021 hanya berharap orang ramai mendoakan agar beliau sekeluarga dilimpahi rezeki dan mampu membeli mesin pengadun roti berharga RM1,600 bagi memudahkan proses pembuatanya.
“Saya sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT, agar segala yang diusahakan dapat menampung keperluan keluarga, dan tidak hanya mengharapkan orang lain,” katanya.
Orang ramai boleh memberi sumbangan kepada Rozlaili melalui akaun Maybank 164360563014.
Program Soul Fitness Clinic anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan kerjasama Sinar Harian dan Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut mengenai program Soul Fitness Clinic, sila layari https://www.facebook.com/BySoulFitness