BAHAGIAN AKHIR: TADABBUR 10 AYAT AKHIR SURAH AL-KAHF SEMPENA MALAYSIA #QURANHOUR 2019

BAHAGIAN AKHIR

FOUZIAH AMIR

Artikel sebelum ini bertajuk “Pesan Kemerdekaan Surah Al-Kahf”, Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas bertadabbur 10 ayat pertama Surah Al-Kahf yang menjadi pengisian dalam Malaysia #QuranHour di lokasi perdana, Masjid Putra, Putrajaya, 30 Ogos ini.

 

Pesan Kemerdekaan Surah Al-Kahf
Pesan Kemerdekaan Surah Al-Kahfi

 

Fazrul berkata, 10 ayat terakhir dalam Surah Al-Kahf menjadi “cermin” kepada 10 ayat terawal. Ayat 100 dalam surah ke 18 menjelaskan ayat 10 dan 11, di mana ALLAH memperlihatkan neraka jahanam dengan jelas pada hari akhirat kepada orang kufur.

“Sekiranya kemerdekaan Malaysia diisi dengan iman, amal soleh dan islah iaitu memperbaiki secara berterusan oleh rakyatnya, negara akan terus bahagia dan aman. Oleh itu kita perlu menguruskan cabaran akhir zaman ini dengan baik untuk mengelakkan azab di dunia dan akhirat.

“Ayat 101, ALLAH menyatakan orang yang mata hatinya tertutup daripada melihat tanda-tanda kebesaran ALLAH SWT, bahkan mereka juga tidak mendengar daripada perkara yang mengingati ALLAH.”

 

Tuan Fazrul Ismail

 

Beliau menambah, Surah Al-Kahf menceritakan orang yang tidur seperti sehari tetapi sebenarnya mencapai 309 hari. Sebenarnya surah tersebut menyentuh perkara masa hadapan atau futuristik.

Jika masa hadapan tanah air diisi dengan orang yang bersikap tidak ambil peduli dan tidak ingat Tuhan, maka kesan jangka masa panjang akan wujud negara “whatever culture” dan “me is everything”.

“Ayat 102 menceritakan orang kafir yang mengambil makhluk lain untuk disembah selain ALLAH untuk menolong mereka. Inilah cabaran akhir zaman, apabila mereka lebih mengutamakan idea manusia berbanding ALLAH. Mereka adalah golongan paling rugi dalam perbuatannya, sebagaimana disebut dalam ayat 103.

“Mereka yang berasa diri, idea, strategik dan tindakannya bagus sebenarnya mengambil masa yang panjang dan perancangan panjang untuk mencapai kedudukan tersebut. Berdasarkan ayat 104, ini semua hanya sia sia jika tidak berpaksikan kepada panduan ALLAH. Ia ibarat kambing yang gemuk makan rumput beracun.

“Ayat 105, orang yang berasa banyak amal tetapi mengingkari ayat ALLAH dan tidak mempercayai hari Akhirat, maka sia-sia amalnya. Inilah panduan yang ALLAH berikan dalam Surah Al-Kahf kerana kufur kepada kebesaran ALLAH SWT.”

 

 

Fazrul berkata, cabaran merdeka seterusnya pada ayat 106 apabila , orang kufur suka tutup kebenaran dengan memperolok-olok al-Quran dan mengejek-ejek para rasul. Mereka adalah golongan yang tidak merdeka di dunia dan di akhirat.

Dalam ayat 107 dan 108, bagi orang yang beriman dan beramal soleh akan mendapat ganjaran Syurga Firdaus sebagai tempat tinggal yang kekal di dalamnya. Ayat tersebut menunjukkan ALLAH memberi panduan kepada kita untuk mencapai kemerdekaan.

“Untuk menjadikan Malaysia sebagai negara merdeka yang lebih baik, rakyat perlu memperkukuhkan iman, tingkatkan amal soleh dan terus memperbaiki ke arah kebaikan. Hasilnya, ia membawa kemerdekaan dan kebahagian hidup kita di dunia dan di akhirat dengan bantuan dan panduan daripada ALLAH SWT.

“Merujuk ayat 109, al-Quran sebagai panduan yang tiada batasan perlu dipasakkan ke dalam diri kita dan keluarga. Apabila kita kembali kepada kalimah ALLAH SWT, inilah yang membantu kita dalam menghadapi badai kehidupan,” ujarnya.

 

Peserta tekun mengikuti tadabbur pada program Malaysia #QuranHour 2019

 

ALLAH SWT berfirman: “Katakanlah (Muhammad), sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang telah menerima wahyu, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa.” Maka sesiapa yangmengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia melakukan kebaikan dan jangan menyekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” (Surah Al-Kahf: 110)

Rumusan dari Surah Al-Kahf untuk Pesan Kemerdekaan, Fazrul berkata, dua transformasi yang perlu dilakukan adalah amal soleh dan tidak mensyirikkan ALLAH. Dengan mengambil panduan daripada al-Quran, semoga Malaysia baharu terus maju.

“Bersama semangat kemerdekaan, kita akan bertemu dengan bulan Muharam, bulan hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madina. Kita boleh mengambil pedoman daripada sirah Rasulullah SAW dengan berhijrah untuk berubah dan mengubah sesuatu keadaan yang lebih dan membina kekuatan baru,” katanya.

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.