KISAH MYQT0017
Saya baru sahaja bersara. Inilah masa untuk diisi dengan ilmu agama. Jika sebelum ini, saya sentiasa mendahulukan kerja, kerja dan kerja.
Sejak mengikuti Malaysia #QuranTime dan kini My #QuranTime, saya tertarik untuk mengikuti bacaan dan tadabbur yang disampaikan oleh Tuan Fazrul Ismail, Qari Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta tetamu undangan.
Sebelum ini saya ada membeli buku tadabbur al-Quran, Sipnopsis 114 Surah yang ditulis oleh Tuan Fazrul. Tapi saya membaca al-Quran mengikut kefahaman sendiri. Apabila mendengar bacaan al-Quran yang bagus daripada para qari, saya secara langsung dapat memperbaiki bacaan.
Alhamdulillah. Saya menjadi semakin yakin untuk baca al-Quran. Dengan ada buku tersebut dan mendengar tadabbur daripada Tuan Fazrul sendiri, ia jadi lebih mudah faham. Kini saya dan isteri menjadi penonton tegar My #QuranTime. Saya ambil nota dan membeli buku berkaitan untuk rujukan.
Insyaallah, kami tidak tinggalkan walaupun sehari. Semoga Allah terus rezekikan kami terus mempelajari al-Quran.BPada masa sama, saya juga tidak tinggalkan kelas al-Quran dan majlis ilmu yang lain seperti di masjid. Dengan belajar lebih ramai ustaz, semakin bercambah ilmu yang dipelajari.
Melalui My #QuranTime, saya terpanggil untuk berwakaf al-Quran. Sebelum PKP, saya boleh bersedekah di masjid atau di mana sahaja saya berkesempatan menderma di luar.BNamun, semasa PKP, berwakaf secara online mampu memudahkan saya untuk melakukan amalan tersebut.
Harapan saya, dengan berwakaf, mudah-mudahan orang lain turut mendapat manfaat dan rahmat al-Quran.
Daripada
Tuan Haji Baharudin Othman
Iskandar Puteri, Johor
———————————————————————————————————————-
P/S: Jika ada berminat untuk berkongsi kisah inspirasi berwakaf dan mencari keredaan ALLAH, boleh emelkan nukilan anda kepada [email protected] WhatsApp nukilan anda di 019 380 3635.
Misi MENGQURANKAN BANGSA, MENGIKHLASKAN UMMAH
#WakafQuran
#QuranCorner
#TroliIbadah
Comments on Verse