AR-RAHMAN: SEBARKAN KASIH SAYANG KEPADA SEMUA MAKHLUK

SEDAR atau tidak, kita bebas menghirup udara untuk meneruskan kehidupan di muka bumi. Udara yang tidak nampak tapi wujud dikongsi dengan seluruh makhluk yang hidup di dunia ini. Inilah antara nikmat ALLAH SWT berikan makhluknya.

ALLAH SWT berfirman: “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” Surah Ar-Rahman, 13)

Ayat tersebut berulang sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar-Rahman. Ini menunjukkan kebesaran ALLAH yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang memberikan nikmat kepada hamba-Nya.

Penasihat Rumah Ngaji, Ustaz Safri Muhammad Zein bertadabbur Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 5 sempena kempen Uninstall Hatred, Reboot Harmony bagi tema World #QuranHour 1441H/2020 di pejabat Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Shah Alam, 13 Januari 2020.

 

Ustaz Safri Muhammad Zein

Beliau berkata, ALLAH SWT mengurniakan nikmat udara untuk bernafas dengan baik dan menikmati keindahan ciptaan ALLAH SWT. Namun nikmat yang paling agung dikurniakan kepada kita adalah al-Quran Al-Karim.

“ALLAH SWT menamakan Ar-Rahman pada surah ke 55, iaitu nama kedua dalam Asmaul Husna. Apabila orang kafir bertanya apa itu Ar-Rahman, maka ALLAH menjawab secara langsung pertanyaan tersebut pada satu surah yang sempurna, Surah Ar-Rahman.

“Perkataan Ar-Rahman disebut 160 kali dalam al-Quran. Ia ada kaitan dengan Ar-Rahim. Ini sebagaimana kita selalu sebut Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang).

“Menurut para ulama tafsir, Ar-Rahman adalah nikmat yang diberikan kepada semua makhluk yang ada di bumi. Namun Ar-Rahim diberikan khusus kepada golongan orang beriman kepada ALLAH SWT.”

Safri menambah, pada zaman teknologi ini, kita menghadapi krisis dan keruntuhan akhlak manusia. Oleh itu, kita perlu kembali kepada al-Quran agar menjadi manusia saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.

ALLAH SWT berfirman: “Ar-Rahman. Yang mengajarkan al-Quran. Dia menciptakan manusia. Dia mengajarnya pandai bercakap. Matahari dan bulan beredar mengikut hitungan yang tertentu.” (Surah Ar-Rahman: 1- 5)

ALLAH SWT mengajarkan manusia dan jin mengenai ilmu al-Quran. Untuk mencapai nikmat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, kita perlu bertadabbur isi kandungan al-Quran. ALLAH SWT menciptakan manusia yang boleh bertutur. Namun ucapan yang ALLAH inginkan daripada hamba-Nya adalah kata-kata yang baik, menyejukkan hati dan mempunyai kasih sayang.

“Surah Al-Hujurat ayat 13 menyatakan bahawa ALLAH menjadikan manusia daripada lelaki dan perempuan, berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar dapat mengenali antara satu sama lain. Namun orang yang paling mulia di sisi ALLAH ada orang yang paling bertakwa.

“Bagaimana kita hendak berkenalan? ALLAH SWT mengajar kita cara berkomunikasi dengan kata-kata yang indah ketika berkenalan. Contohnya ucapan salam kesejahteraan dan kata-kata indah kepada orang lain.

“Apabila kita memahami Surah Ar-Rahman, kita akan sentiasa mencurahkan kasih sayang sesama makhluk. Kita semua adalah ciptaan ALLAH, tiada lebih atau kurang dalam kalangan kita kecuali ketakwaan di sisi ALLAH SWT.”

Bertadabbur ayat 5 dalam Surah Ar-Rahman, Safri berkata, ALLAH menjadikan matahari dan bulan beredar mengikut perhitungan. Kita akan tahu waktu siang dan malam. Penciptaan matahari dan bulan merupakan rahmat dan kasih sayang ALLAH kepada manusia. Ia juga menjadi tanda kebesaran ALLAH.

“Bukti Ar-Rahman dan Ar-Rahim, ALLAH SWT menjadikan matahari dan bulan sebagai makhluk-Nya yang patuh. Tidak pernah berlaku pertembungan antara kedua-duanya sejak ALLAH menciptakan alam semesta ini sehingga kini.

“Manusia sepatutnya mengambil pengajaran tentang daripada penciptaan ALLAH SWT tersebut untuk kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT yang Maha Agung.

“Diharapkan kita menjadi hamba yang menyayangi, saling menghormati dan memberi nikmat kasih sayang antara satu sama lain. Hidup kita akan sentiasa harmoni dan di bawah naungan Ilahi, apabila kita kembali kepada al-Quran dan Hadis,” katanya.

 

 

 

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.