Penggambaran My #QuranTime 2.0 bermula di Studio My #QuranTime

Datuk Hussamuddin berbual mesra dengan penonton sebelum sesi penggambaran MQT dimulakan.
Tanggal 13 Februari 2023, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas melakar sejarah bagi rakaman program My #QuranTime (MQT) 2.0 yang diadakan di set baru, Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
Suasana studio baru, My #QuranTime di kompleks Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Seksyen 15, Shah Alam.
Suasana studio baru, My #QuranTime di kompleks Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Seksyen 15, Shah Alam.
Sesi rakaman tersebut dihadiri lebih 30 penonton yang pertama kali berada di studio, hasil sumbangan orang ramai melalui Tabung Gerakan al-Quran yang diuar-uarkan program MQT 1.0 di TV AlHijrah.
Dari kiri: Pentadabbur, Tuan Haji Fazrul Ismail dan Qari, Ustaz Ahmad Tarmizi di set baru Studio My #QuranTime.
Dari kiri: Pentadabbur, Tuan Haji Fazrul Ismail dan Qari, Ustaz Ahmad Tarmizi di set baru Studio My #QuranTime.
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub bersama menyaksikan penggambaran My #QuranTime yang sebelum ini diadakan di studio sementara @ Dewan Karangkraf, Kumpulan Karangkraf.
Beliau turut berbesar hati memberi hadiah al-Quran Al-Imam kepada semua peserta dewasa dan al-Quran Mu’jam kepada peserta kanak-kanak sebagai tanda penghargaan menjadi penonton pertama di studio baru.
Datuk Hussamuddin berbesar hati memberi cenderahati al-Quran al-Imam kepada peserta pada hari pertama rakaman MQT 2.0 di Studio My #QuranTime.
Datuk Hussamuddin (kiri) berbesar hati memberi cenderahati al-Quran al-Imam kepada peserta pada hari pertama rakaman MQT 2.0 di Studio My #QuranTime.
Peserta bersemangat untuk sertai My #QuranTime yang kini berada di dalam studio baru yang luas dan selesa.
Jemputan menjadi peserta rakaman My #QuranTime 2.0:
📌 Pendaftaran secara individu: https://bit.ly/MQTDUA
📌 Pendaftaran berkumpulan melebihi 10 orang: https://bit.ly/MQTHadir

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.